Penyakit Kulit : Panau

Posted by: Unknown on Friday, October 03, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Bersua kita kembali dengan entry ke-3 Aini utk Oktober ini...hehehehe..time idea datang mencurah...lagi pun skarang Aini kjat Airport KLIA2... transit di sini semalaman dan jap lagi nak fly balik kampung di Terengganu utk sambut Raya Haji....Selamat Hari Raya haji ye semua.....

Entry Aini kali ini nak sembang tentang panau....Cuba cek wajah dan badan anda..ada panau tak....atau cek wajah dan badan anak2 ada panau tak....? Biasanya budak2 mmg cepat terkena panau ni....mcm Aini dan adik2 masa kecik dulu...selalu je naik panau kat muka dan badan...sbb Aini ramai adik beradik...kadang2 kami share tuala...t-shirt...dan mcm2 la....Ada yg tak kenal panau...? Jom kita tgk info tentang panau.....di bawah......

Apakah penyakit panau?
Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Bagaimanakah rupa penyakit panau?
Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih  luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.
Gambar-gambar berikut menunjukkan kepelbagaian warna pada tompok-tompok panau.

Siapa yang mendapat panau?
Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressantkerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.
Bagaimanakah diagnosis panau dibuat?
Kebiasaannya diagnosa dibuat berdasarkan rupa panau di bahagian badan dan disahkan dengan penggunaan mikroskop. Ini melibatkan pengambilan sampel dengan cara kikisan atau penggunaan cellophane tape. Dengan menggunakan mikroskop, kulat seolah-olah berupa sphaghetti dan bebola “daging”. PenggunaanWood’s lamp dengan sinaran ultraungu pada gelombang 365nm boleh menunjukkan warna kekuningan pada bahagian badan yang mempunyai panau bagi sesetengah kes.

Bentuk sphaghetti dan bebola “daging” – hyphae dan spora bila dilihat di bawah mikroskop.
Adakah panau itu berjangkit?
Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.
Adakah panau kerap berlaku?
Panau kerap berlaku di kawasan tropika dengan insiden setinggi 40%.
Bagaimanakah panau dirawat?
Panau boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat makan/sistemik. Ubat sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan dibahagikan kepada jenis ubat yang tidak spesifik terhadap kulat dan antikulat.
Contoh-contoh ubat tidak spesifik terhadap kulat:
  • Losyen 2.5% selenium sulphide
  • Propylene glycol
  • Whitfield’s ointment
Ubat sapu antikulat:
  • Kumpulan azole – clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
  • Krim terbinafine
Rawatan sistemik antikulat hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai panau yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu. Rawatan sistemik hanya boleh diberi oleh doktor atau pakar kulit disebabkan risiko kesan sampingan ubat dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain. Contoh-contoh ubat sistemik antikulat adalah itraconazole, fluconazole danketoconazole.
Bolehkah panau itu sembuh?
Ya. Secara keseluruhannya pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pucat mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum warna kulit kembali seperti sedia kala. Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan panau daripada berulang?
Kadar penyakit ini berulang adalah setinggi 60% pada tahun pertama. Losyenselenium suphide boleh digunakan sebulan sekali untuk mengelakkan panau daripada berulang. Kadang-kala pengambilan ubat sistemik antikulat selama sehari atau sehingga tiga hari sebulan turut membantu.
(Sumber:http://www.myhealth.gov.my/index.php/pityriasis-versicolor)

Petua tradisional

Ambil dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Tumbuk ia bersama – sama. Kemudian sapu ia pada bahagian kulit yang terkena panau. Selepas beberapa minit, bilaskan ia dengan air.Lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Ambil sepotong bawang putih dan tenyehkan ia pada bahagian badan yang terkena panau sehingga kulit anda rasa perit dan berwarna merah. Lakukannya dari semasa ke semasa sehingga panau anda beransur hilang.

Ambil air lengkuas dan sapukan pada bahagian badan yang terkena panau. 

Ambil  daun pinang, tumbuk ia sehingga lumat dan sapukan ia pada tompok panau.

Ambil daun belimbing, tumbuk ia sehingga lumat. Campurkan daun belimbing yang telah lumat itu dengan asam jawa dan sedikit beras. Tampalkan ramuan pada tompok panau. Lakukannya pada setiap hari sehingga panau beransur hilang.

Jika anda biarkan panau pada badan anda, ia akan terus membiak pada bahagian kulit yang lain. Oleh itu, apabila anda terlihat panau  berada pada kulit anda, cegah ia secepat mungkin.



Kawan-kawan cuba la...mana tau ok....saya dulu dah cuba..ada la jugak kesannya...cuma pedih skit..tapi confirm selamat sebab kita guna bahan semula jadi...mcm product Shaklee yg menggunakan bahan semulajadi bagi mengelakkan sebarang bahawa pada pengguna....

Masa remaja dulu duk kat kampung...mana la reti nak gi farmasi beli ubat panau..cikgu ada tegur panau banyak kat muka...cikgu suruh saya balik tonyoh ngan getah bawang putih....hahahaha,,,apa lagi.,saya balik buat la....pedih mak aiiii....tapi panau hilang...mujarab jugakkan....so...selamat mencuba ye kengkawan....

Sampai sini dulu sharing Aini kali ini....nnt ada masa aini nak coret di entry lain plak....sekian..tq....

No comments:

Post a Comment