BAHAYA !! IBU PREGGY AMBIL PERHATIAN..

Posted by: Unknown on Sunday, July 20, 2014 Categories:



Kurang asid folik risiko bayi cacat @ Vitalea dan B complex shaklee lengkap dengan asid folik.

Perhatian kepada ibu2 atau bakal2 ibu atau teman2 wanita saya diluar sana yg sedang berusaha untuk menimang cahaya mata. Patikan anda mendapat cukup nutrisi samada semasa hamil atau sedang merancang untuk hamil. 


Ini kerana kegagalan kita mendapatkan nutrisi yang lengkap mungkin boleh mendatangkan risiko kepada bayi kita sebagai contoh kekurangan asid folik boleh mengundang kepada kecacatan tiub saraf (spina bifida). Kecacatan ini berlaku kepada bayi yang baru lahir bahkan ketika berada didalam kandungan lagi.




Spina Bifida berlaku apabila saraf tunjang tidak dapat ditutup sepenuhnya semasa proses tumbesaran di dalam rahim ibu. Jika tempat yang terbuka itu terlalu besar, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut dan cecair tulang belakang (Spinal Fluid) pula berkumpul. 
 

Kanak-kanak yang mengalami kecacatan ini akan menghadapi kesukaran untuk mengawal pundi kencing (poor bladder control), lumpuh separuh atau sepenuhnya, masalah penghadaman, alergik dan banyak lagi.


Proses pembentukan Spina Bifida ini berlaku semasa awal minggu kehamilan. Waktu itu, para ibu mengandung kemungkinan belum tahu yang mereka sedang mengandung. Sekiranya ibu mengandung tersebut kekurangan asid folik dalam badan, bayi dalam kandungan berisiko tinggi mendapat Spina Bifida. Pengambilan asid folik pada minggu ke 13 ke atas sudah tidak berguna lagi kerana waktu itu pembentukan tiub saraf sudah lengkap.


Oleh itu, para ibu disyorkan untuk memakan makanan yang kaya dengan asid folik 3 bulan sebelum kehamilan dan terus mengambilnya kepada 12 minggu pertama kehamilan. Terutamanya wanita yang hendak berkahwin, makanlah makanan yang kaya dengan asid folik sebelum kehamilan pertama. Mengapa? Sekiranya anak pertama mempunyai Spina Bifida, risiko kepada kehamilan seterusnya untuk mendapat kecacatan tersebut sangat tinggi!


Percaya atau tidak, kecacatan genetik ini berisiko tinggi kepada bayi yang mempunyai ibu mengandung yang tidak suka makan sayur!

Risiko Spina Bifida boleh dihindari jika kita banyak memakan makanan yang mengandungi ASID FOLIK (Folic Acid). 400 mikrogram Asid Folik setiap hari sudah mampu untuk menghindari risiko kecacatan ini kepada kandungan.

Jika anda seorang yang memang sukar hendak makan sayur anda perlu ambil supplement/vitamin tambahan yang boleh membekalkan asid folik.





Shaklee Vitalea (multivitamin) dan Shaklee B Complex mengandungi 200mcg asid folik setiap kapsul. Oleh sebab itu vitalea dan b complex ni terdapat dlam SET KEHAMILAN Shaklee (rangkaian vitamin yang khusus untuk ibu2 hamil dan juga yang merancang untuk hamil)

Jika diperhatikan apa yang terdapat dalam SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini adalah sama dengan apa yg tertulis didalam jadual diatas. Jadi tak keterlaluan jika saya katakan SET VITAMIN IBU MENGANDUNG ini adalah pilihan terbaik untuk anda!

kebiasaannya ibu-ibu mengandung diberikan vitamin B-Complex & Asid Folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :

B1 – Thiamin

B2 – Riboflavin

B3 – Niacin

B5 – Panthothenic Acid

B6 – Pyridoxine

B7 – Biotin

B9 – Folic Acid

B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu :

B1 – Thiamin,

B2 – Riboflavin &

B3 – Niacin.

Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari Klinik Kerajaan & Asid Folik, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin.

Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Pengambilan B Complex boleh diteruskan sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’. Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.




Untuk tempahan boleh hubungi Aini...


Asid folik: mengapa ia diperlukan ketika hamil ?

Posted by: Unknown on Sunday, July 20, 2014 Categories:


Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
 

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.


Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 


 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.


Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 


 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:


Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

(Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan#ixzz37y0TTTON)


Vitamin Shaklee yang boleh direkemenkan utk asid folik ini ialah B-COMPLEX.




Hubungi Aini utk sebarang tempahan:


Suppliment Sewaktu Hamil

Posted by: Unknown on Sunday, July 20, 2014 Categories:
Hari ni saya nak kongsikan tentang supplement semasa hamil yang ramai antara kita tak berapa faham kenapa pentingnya ambil supplement sewaktu hamil.

Apa makan makanan macam biasa, tak cukup ke? Cukup tu cukup, tapi kita kan kena pastikan nutrisi kita cukup untuk 2 orang.




Di sini saya kongsikan beberapa peranan kritikal vitamin dalam Set Kehamilan Shaklee


1) Elak air ketuban pecah terlalu awal
Sebenarnya tiada masalah pun kalau air ketuban pecah awal.
Cuma sesetengah ibu dan pihak perubatan akan panik.
Saya sendiri masa kehamilan anak pertama, air ketuban pecah dulu, dan saya kenal seorang ibu ni air ketuban pecah selama 10-hari, dan Alhamdulillah selamat melahirkan anak secara normal.
Kalau air ketuban pecah awal, minum air banyak- banyak dan makan Vitamin C.
Rujuk website Home4Birth dan GentleBirth untuk ketahui berapa mg Vitamin C sehari yang optimum untuk ibu mengandung.

Amalkan Vitamin C Sustained Release sepanjang kehamilan kerana ia membantu memastikan kantung atau amniotic sac kekal intact.

2) Memudahkan baby keluar
Selain teknik pernafasan yang betul, iaitu ELAKKAN PUSH! , saya juga amalkan Omega Guard untuk melembutkan bahagian tersebut supaya ia mudah ‘dilated’ dan kepala baby mudah keluar.
Alhamdulillah mudah sangat baby Maryam keluar.

3) Atasi GBS
GBS atau nama panjang dia adalah Group B Strepcocous adalah keadaan di mana keputihan banyak, dan pihak medic concern kalau baby terkena bakteria GBS tu.
Solusinya, ambil Garlic Complex. Garlic mengandungi antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria jahat dan selamat untuk ibu hamil.

4) Elak tumpah darah atau Post – partum Haemorrhage (PPH)
Banyak sebab boleh menyebabkan PPH.
Tapi salah satu cara untuk elak PPH adalah dengan mengamalkan makanan berasaskan Calcium semasa hamil.
Saya amalkan Ostematrix, kaplet yang mengandungi Kalsium dan Magnesium.
Calcium kritikal untuk membantu ‘blood clot’ semasa bersalin nanti.


 Hubungi Aini utk sebarang pertanyaan dan tempahan...


Simptom-Simptom Kencing Manis Ketika Hamil

Posted by: Unknown on Sunday, July 20, 2014 Categories:

Kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi)

 

Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

 

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

 

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

 

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

 

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan scan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

 

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

 

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan.

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

 

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin.

(Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz37xIb5YfA)



Testimoni:

Hubungi Aini utk pertanyaan dan tempahan:


Pencuci muka NutriWhite Shaklee

Posted by: Unknown on Saturday, July 12, 2014 Categories:
Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Entry kali ini Aini nak berkongsi dengan anda semua tentang penjagaan kulit. Salah satu keluaran shaklee yang ramai customer Aini guna sekarang ni adalah pencuci muka NutriWhite..alhamdulillah :)...Feedback dari mereka ialah mereka sangat-sangat berpuas hati dan mengujakan!

Pencuci muka ni diperbuat dari 100% bahan semulajadi...jadi, jangan risau yea!!!


Apakah keistimewaan produk ini? 
Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang
sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi     pigmen
Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas

Pencuci muka NutriWhite mengandungi 150ml..memang menjimatkan dan berbaloi sangat kerana hanya sedikit sahaja penggunaannya. Ada yang menggunakan pencuci muka ni sampi setahun..jimat dan berbaloi!!!

Testimoni Pengguna:





Jika berminat boleh contact saya.. sebab pencuci muka ni memang selling fast... :)

Info & Order:  
Noraini Othman (Aini)
Shaklee ID : 954884
Sms / Whatsapp : 013-9213902
Pm di FB : Damia Noraini
FB Fan Page : Empayar Berkat

APA ITU KOLESTROL ?

Posted by: Unknown on Thursday, July 10, 2014 Categories:
Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukkan sel membran,hormon,hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

2 SUMBER KOLESTROL DIHASILKAN

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan kolestrol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.





APAKAH PUNCA UTAMA KOLESTROL TINGGI?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori,adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol. Persatuan Jantung Amerika mengesorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari.

Cuba anda bayangkan anada sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini

Sarapan: 2 Keping Roti Canai = 350mg
Makan Tengah Hari: Nasi Lemak = 213 mg
Makan Malam: Cahr Kway Teow = 235mg

Anda pasti tidak menyangka bahawa  anda telah mengambil sebanyak 798 mg Kolestrol!
Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!
Jadi awasi Pemakanan anda.


KESAN JIKA ANDA MEMPUNYAI KOLESTROL TINGGI

  • Risiko serangan Jantung meningkat sebanyak 15.6 % 
  • Risiko Angin Ahmar meningkat sebanyak 11 %
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi,Penyakit Hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.
ATASI MASALAH KOLESTROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan,sayur-sayuran,kekacang,biji-bijian,legume,bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimana Fitosterol Berkesan

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol,dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya,penyerapan kolestrol di halang bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud,apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol  makan semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan pasras kolestrol LDL.

Oleh sebab itu shaklee mengeluarkan product baru iaitu Phytocal yang membekalkan 
2000 mg sehari dan telak mengikut saranan Institut Kesihatan kebangsaan Amerika (NIH) yang mengesorkan pengambilan 2,000 mg Fitostrol dalam diet seharian untuk membantu menurunkan paras kolestrol.

PHYTOCAL SHAKLEE



  • 100% BERKESAN
  • TIADA PEWARNA,PEMANIS ATAU PENGAWET TAMBAHAN
  • DI SAHKAN HALAL
 



Bagi Anda yang mempunyai Kolestrol Tinggi atau ingin mencegah,sila dapatkan dari saya PHYTOCAL SHAKLEE  hari ini dengan HARGA HEBAT dan konsultasi esklusif hanya kepada pelangan saya sahaja.

CALL/WHASUPP 013-9213902
Aini Othman


Vitamin C Mudah Larut dalam Air

Posted by: Unknown on Tuesday, July 08, 2014 Categories:
Vitamin C merupakan vitamin mudah larut dalam air. Kepentingan vitamin C untuk tubuh badan kita, membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. 


Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam.

Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali. Vitamin C merupakan vitamin yang digunakan ketika berada dalam keadaan stress. Oleh itu, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, ia akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat. Manusia, beruk dan guinea pigs adalah antara makhluk yang tidak menghasilkan Vitamin C nya sendiri, oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C melalui pemakanan sehari-hari. Semakin tinggi dos yang diambil, semakin kecil nisbah yang diserap oleh tubuh. Sebagai contoh, sekiranya anda mengambil Vitamin C tablet yang mengandungi 250mg Vitamin C, sebanyak 80% akan diserap oleh tubuh. Bagaimana pun, sekiranya diambil sebanyak 2gram (2000mg), hanya sebanyak 50% yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, sebaik baiknya Vitamin C diambil pada jumlah yang kecil beberapa kali dalam sehari.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.



Berapa banyak Vitamin C yang diperlukan oleh seseorang setiap hari ?

Keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60mg/hari.


Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur.

Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.

Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.

Sebiji buah kiwi mengandungi hampir 2 kali ganda jumlah vitamin C yang dicadangkan oleh RDA. Tetapi adakah vitamin C yang terkandung dalam sebiji buah kiwi dapat menampung keperluan vitamin C seharian kita bagi mendapatkan kesihatan yang optimum. Ramai pakar nutrisi bersetuju bahawa keperluan Vitamin C bagi seorang individu sepatutnya bukan ditentukan dengan ketiadaan penyakit skurvi, tetapi jumlah yang dapat mengekalkan kesihatan seseorang pada tahap paling optimum.

Apa keistimewaan Vitamin C shaklee [ VITA-C 500mg Sustained Release ] ?

Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah
Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan  (demam/selsema) kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Vitamin C shaklee juga berupaya:

  • membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan,
  • membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, 
  • membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka,
  • membina kalogen untuk kulit yang sihat (bebas jerawat dan jeragat),
  • bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, 
  • meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
          Shaklee Sustained Release VITA-C 500mg adalah pilihan tepat untuk sesiapa sahaja yang mementingkan penjagaan kesihatan secara optimum (ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang, selepas pembedahan, nak kulit cantik bersih cerah & licin, perokok tegar, pesakit2 cardiovascular dan juga utk semua org yang nak kekal sihat). 

          Omegaguard : Minyak ikan laut dalam dan berair sejuk

          Posted by: Unknown on Tuesday, July 08, 2014 Categories:

          Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 


          Kenapa Shaklee memilih ikan laut dalam berair sejuk?? Ikan air laut dalam ini biasanya kurang risiko atau kurangcontaminated dengan logam berat. Ini kerana kebanyakan pencemaran logam berat ini datangnya dari darat yang mungkin akan memberi risiko pada perairan sekitar teluk sahaja. Biasanya ikan-ikan di laut dalam kurang terdedah dengan ancaman seperti pencemaran sebegini jika dibandingkan dengan ikan yang hidup di permukaan laut.


          deep ocean water
          Disebabkan itulah Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut sejuk di perairan negara Jepun. Pihak Shaklee sentiasa mencari yang terbaik bagi mereka yang sukar mendapatkan omega-3 dari sumber ikan laut dalam.

          Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia : Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. 

          Orang eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung. 

          Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan : ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

           



          Omegaguard Shaklee jugak adalah supplement terbaik untuk :

          1. Kesihatan sendi dan tulang

          2. Untuk kuruskan badan

          3. Tingkatkan sistem pertahanan badan

          4. Kesihatan lelaki dan wanita

          5. Untuk ibu2 yang hamil

          6. Untuk masalah buasir
          7. Perkembangan otak kanak-kanak 


          Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan 

          kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber 

          makanan dan juga supplement.Sumber EPA dan DHA yang 

          terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-

          tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

          Terdapat pelbagai fungsi EPA dan DHA kepada tubuh badan 


          kita di mana ia bukan sahaja penting untuk kanak-kanak, tetapi

          juga untuk orang dewasa:

           


          Fungsi EPA

          • Mencegah kanser
           
          • Mencegah pembekuan darah

           
          • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan

           
          • Baik untuk pesakit jantung

           
          • Menghindar tekanan perasaan

           
          • Mencegah penyakit darah tinggi 

           


           Fungsi DHA
          • Mencegah asma
           
          • Mencegah sakit kulit

           
          • Mengelakkan kanser payu dara

           
          • Mengelak kanser prostat

           
          • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan

           
          • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tang