~(~(@ Fibroid @)~)~

Posted by: Unknown on Tuesday, February 25, 2014 Categories:
<<< Apa itu fibroid?>>>

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasatahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.


<< APAKAH PUNCA FIBROID >>


Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala

 
Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.

<<< Kata Pakar >>>

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.
 

"Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,'' ujarnya.

Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

<<< Waktu Sesuai merawat Fibroid >>>

Waktu sesuai merawat fibroid

``Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

``Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

``Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.

<<< Nasihat pakar >>>

Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.



KECUTKAN KEWUJUDAN FIBROID DENGAN SHAKLEE
------GLA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU..

~ GLA shaklee dapat membantu masalah hormon sekali gus dapt mengecutkan Fibroid.
~ GLA merupakan sejenis asid lemak Omega 6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin- bahan berkesan merupakan hormon yg membantu badan mengawalatur proses badan yg normal.
~ Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid omega 6 .Ia mengandungi vitamin E yg membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel..


KEBAIKKAN GLA SHAKLEE SELAIN MENGECUTKAN FIBROID:

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 



GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Jom kita tengok Testimoni yang telah berpuas hati dengan GLA COMPLEX:


Testimoni 1: masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.






Testimoni 2:Kecutkan Cyst


Testimoni 3: Muka berseri,parut jerawat hilang,lubang pori mengecil
 Testimoni 4: Period Teratur
Testimoni 5: Period datang Semula
 Testimoni 6: Berjaya Hamil





Sekiranya berminat nak mendapatkan  
GLA COMPLEX SHAKLEE dengan harga yang terbaik..
boleh hubungi saya melalui 
e-mail nor5181@yahoo.com
atau boleh hubungi saya melalui 
SMS ke 013-9213902 (Aini)

~ Kedinginan Bersama Suami ~

Posted by: Unknown on Tuesday, February 25, 2014 Categories:
Assalamualaikum semua...

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi mengenai kedinginan wanita untuk bersama suami..Ramai wanita yang mengalami masalah ini. Pengalaman yang saya perolehi dari kawan-kawan dan customer sendiri serta bacaan dari beberapa blog2 kesihatan.....Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku salah satunya ialah jika seorang wanita itu letih, lesu dan tidak bermaya apatah lagi jika anda seorang isteri yang bekerjaya. Apabila keletihan dan kelesuan ini menjadi titik tolak kepada masalah kedinginan wanita. 

Ibu yang menyusukan anak juga sering mengalami masalah kedinginan kerana semasa ibu menyusukan bayi, badan ibu akan mengeluarkan hormon prolaktin .Prolaktin perlu untuk pembesaran payudara dalam proses pengeluran susu semasa hamil. Hormon estrogen pula boleh meninggikan lagi pengeluaran hormon ini. Apabila bayi lahir, stimulasi yang berlaku pada puting susu akan menyebabkan prolaktin dirembeskan dengan banyak sekali untuk menambahkan lagi pengeluaran susu. 

Namun kesannya hormon prolaktin ini membuatkan ibu merasa kurang bernafsu dan tiada keinginan untuk berasmara dengan suami.

Menurut kajian pakar , antara faktor-faktor lain penyebab masalah kedinginan seks ini adalah
 ♥ kepenatan dan kelesuan komitmen yang bertambah kurang rehat kurang masa untuk diri sendiri kurang nutrisi

Boleh atasi masalah tadi dengan:
=========================
♥mendapatkan rehat yang cukup
♥ merancang masa berkualiti keluar dating dengan suami
♥ memastikan cukup keperluan nutrisi- dapatkan supplement
♥ eliminate fast food

Dapatkah Shaklee membantu? Ya. Alamila perasaan cinta malam pertama dengan suami dengan mengamalkan supplement
♥  Vit E
♥ Alfalfa

Vitamin E
========
-dikenali sebagai VITAMIN CINTA yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami.
-Untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Set ini mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai antioksidan dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti aging(awet muda). Vitamin E merupakan vitamin cinta yang mengembalikan kestabilan hormon. 

Alfalfa 
=====
- pula membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin.

Cara Pengambilan Set Kesuburan Shaklee

Posted by: Unknown on Thursday, February 20, 2014 Categories:
Assalamualaikum. 
Hari ini saya nak berkongsi cara makan set kesuburan shaklee sebagai panduan kepada mereka yang berusaha mendapatkan zuriat tetapi keliru cara dan jadual makan vitamin tersebut untuk tujuan kehamilan. Ada banyak punca ketidaksuburan terutama haid yang tak teratur, keguguran, hormon tak stabil, dan banyak lagi. Tapi anda tidak boleh menjadikan supplement sebagai usaha tunggal untuk mendapatkan zuriat. Ada beberapa tips lain perlu diamalkan dan tak lupa lakukan pemeriksaan klinikal untuk mengetahui masalah sebenar.


Suka saya nak ingatkan semula, sila buat pemeriksaan doktor disamping pengambilan supplement untuk kesuburan supaya anda tahu masalah sebenar anda. Cara makan set kesuburan Shaklee ada sedikit warna-warni yang selalu buatkan pelanggan keliru. Untuk bagi gambaran mudah, kita bahagikan kumpulan ketidaksuburan kepada 3 kumpulan dan set Shaklee yang sesuai untuk anda menurut masalah yang anda hadapi.

1- Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil.
2- Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
3- Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Untuk ketiga-tiga kategori ni, produk wajib ambil adalah GLA Complex. GLA Complex sangat berperanan dalam membantu kesuburan wanita selain manfaat kecantikan. Cara makan GLA mudah sebenarnya.

Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil

Bermula dengan masalah haid tak teratur, makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa dalam list wajib ambil.

Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda. Pernah belajar kan tingkatan 3 dulu.. Apa? Lupa? Pergi buka buku adik awak sekarang! Acah je. hehe. Ok jom belajar balik. Lihat rajah bawah ni.
Contoh Kitaran 28 Hari - Subur Pada Hari Ke 14
Apa maksud subur? Ovulasi? Semua pernah belajar kan. Itu waktu dimana telur ovum dilepaskan. Jom ketahui cara pengiraan waktu subur anda.
Gunakan sistem jadual seperti di bawah supaya anda lebih jelas dengan perjalanan haid anda. Lorekan warna hijau pada graf menunjukkan waktu anda tak subur. Pada ketika tak subur la anda perlu makan GLA Complex dan pause makan pada hari ke 14 jika kitaran anda 28hari. Dan proses ini diulangi jika datang haid semula

Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 
Kerana itu jadual seperti di atas sangat penting supaya anda dan suami boleh mempersiapkan diri untuk tempoh istimewa tersebut. Alhamdulillah saya dan suami guna teknik jadual ni untuk merancang keluarga dan berhasil. Kami juga mengamalkan vitamin Shaklee termasuk set kesuburan.

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.-
Jika haid anda lewat, tunggu sehingga 2 minggu dan lakukan ujian UPT. Jika negatif, tunggu lagi seminggu dan lakukan semula ujian UPT. Hanya jika anda sudah melakukan beberapa ujian tetapi masih negatif dan berjumpa doktor untuk mengesahkan anda belum hamil, barulah makan semula GLA Complex

Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki

Apabila isteri tiada masalah haid iaitu haid normal dan suami pun doktor dah sahkan normal. Maka pengambilan set lengkap kesuburan mungkin boleh membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Juga tak lupa meningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan supaya anda berdua enjoy dalam mendapatkan zuriat.

Isteri pernah hamil tetapi keguguran
Bagi yang pernah mengalami masalah keguguran, kami mencadangkan penambahan wajib ESP dan CoQ Health bagi menguatkan kandungan akan datang. Seeloknya tunggu sehingga 6 bulan sebelum hamil lagi bagi menyediakan rahim yang cukup kuat.



Biasa soalan yang saya terima adalah "set mana yang saya perlu ambil?". Jawapannya bergantung pada anda. Apa masalah anda? Setiap set berperanan untuk selesaikan masalah kesuburan. Kalau doc cakap sperma yg masalah, CoQ la jawapannya. Berbincang dengan penjual anda yang mana anda patut beli dan mengapa. Berikut adalah ringkasan cara makan:

GLA Complex - Sebiji selepas makan (Sarapan / Dinner)
B - Complex - Sebiji selepas sarapan
Vita - E Complex - Sebiji selepas lunch
Zinc Complex - Sebiji semasa perut kosong
ESP - 1 sudu 2 @ 3 kali sehari. Sarapan / Dinner; Sarapan / 3pm / Sebelum tidur. Cara bancuh sila minta bantuan penjual anda ye.
Vitalea - Sebiji selepas lunch
Alfalfa Complex - 3 biji selepas sarapan. Dos bergantung kepada ketahanan tubuh terhadap herba. Minta bantuan penjual anda untuk dos yang sesuai.

ESP boleh digunakan untuk turun / tambah berat jika anda mahu. Ada tipsnya :-). Digunakan untuk menguatkan rahim bagi yang mengalami masalah keguguran. Sebenarnya ada banyak punca keguguran selain rahim tak kuat, contohnya ovum dan sperma yang tak berkualiti, kekurangan nutrisi.
Vitamin yang perlu diambil selepas makan seperti GLA, Vita-E, Vitalea kerana ia kategori larut lemak. Ia perlukan sedikit lemak untuk melarutkan vitamin tersebut.
B-Complex pula kategori larut air. Anda perlukan sekurang-kurangnya 250ml air lepas telan B-Complex ye.
Zinc pula dimakan ketika perut kosong kerana phytates yang hadir dalam roti gandum, bijirin, kekacang dan lain-lain makanan akan mengikat zinc dan menghalang penyerapan penyerapan zinc oleh usus.

Sumber : http://www.freevitamin.my/2013/12/cara-makan-set-kesuburan-shaklee-untuk.html#.UwYNGM53qJg

~~ HB Low Ketika Hamil: Apa yang perlu di buat ? ~~

Posted by: Unknown on Tuesday, February 18, 2014 Categories:



Keluhan yang biasa didengar bilamana seorang ibu hamil mengalami gejala ANEMIA. Anemia atay HB low adalah keadaan di mana kurang darah merah yang boleh memberi kesan kepada ibu hamil seperti badan cepat penat, muka yg pucat ,hilang fokus kerana kurang oksigen ke otak dan mudah terkena jangkitan. Kenapa menajga paras HB menjadi sangat penting ketika hamil? Kerana HB adalah pentng untuk memastikan oksigen cukup kepada bayi dalam kandungan.




Terdapat 3 sebab kenapa anemia berlaku di kalangan ibu hamil:

1. Anemia disebabkan kurang protin
Anemia  boleh berlaku jika sel-sel darah merah anda tidak mengandungi cukup hemoglobin. Hemoglobin adalah protin yang kaya dengna zat besi yang memberikan warna merah kepada darah. Protin ini membantu sel-sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan. Jadi ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.

2. Anemia disebabkan kekurangan asid folat atau zat besi
Anemia jenis ini adalah jenis yang paling biasa berlaku. Ia berlaku apabila ibu hamil tidak mempunyai cukup zat besi dalam badan. Semasa mengandung, janin menggunakan sel-sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan perkembangan, terutama dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan. Jika seorang ibu mempunyai berlebihan sel-sel darah merah yang disimpan di dalam sum-sum tulang sebelum hamil, dia boleh menggunakannya untuk membantu memenuhi keperluan bayinya. Kekurangan zat besi biasanya disebabkan oleh kehilangan darah tetapi kadang-kadang mungkin disebabkan oleh kelemahan penyerapan zat besi. Sum-sum tulang memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan ibu tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi untuk sel-sel darah merah. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

3. Anemia akibat kekurangan vitamin
Selain zat besi, badan ibu juga memerlukan asid folat dan vitamin B-12 untuk menghasilkan jumlah sel-sel darah merah yang mencukupi. Vitamin B12 adalah penting dalam membentuk sel-sel darah merah dan dalam sintesis protein. Diet yang kekurangan asid foalt dan vitamin b-12  dan lain-lain nutrien utama boleh menyebabkan berkurangan pengeluaran sel darah merah. Selain itu, sesetengah orang mungkin makan cukup B-12, tetapi badan mereka tidak dapat memproses vitamin. Ini boleh membawa kepada anemia akibat kekurangan vitamin.

Anemia ketika hamil jika dibiarkan berterusan boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan anak. Semua wanita mengandung mempunyai risiko untuk mengalami anemia. Ini kerana mereka memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik daripada biasa. Tetapi risiko adalah lebih tinggi dalam situasi ini:


  • Hamil ank kedua dan seterusnya
  • Jarak kehamilan yang dekat
  • Muntah banyak kerana morning sickness
  • Ibu hamil di kalangan remaja
  • Tidak makan makanan yang kaya dengan zat besi
  • Tempoh haid yang lama sebelum anda mengandung


Apa yang boleh dilakukan apabila ibu disahkan HB low oleh doktor? 

  • Pastikan  mendapatkan diet yang variasi. 
  • Jika merancang untuk hamil, berbincang dengan doktor atau bidan mengenai makanan dan makanan tambahan - jika mungkin, sebelum menjadi hamil. Sumber zat besi yang baik adalah daging lembu, roti mil penuh dan bijirin, telur, bayam dan buah-buahan kering. 
  • Menambahkan diet yang kaya dengan zat besi, vitamin dan asid folik. Mengambil 400 mikrogram asid folik ketika hamil adalah penting untuk mengurangkan risiko mempunyai bayi dengan spina bifida. Seorang doktor mungkin menasihatkan pengambilan zat besi digabungkan dgn asid folik sebelum hamil. 
  • Makan makanan yang kaya dengna vitamin C. Ini kerana vitamin c menyerap jumlah zat besi yang maksimum daripada diet. Sayur-sayuran mentah, kentang, lemon, limau dan oren adalah semua sumber vitamin C yang baik. 
  • Makanan yang kaya dengan asid folik termasuk kacang, muesli, brokoli, daging lembu, Brussels pucuk dan asparagus. 
  • Wanita hamil perlu mengambil perhatian isyarat badan mereka dan merujuk kepada doktor jika sebarang tanda yg abnormal berlaku. 
Wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil makanan tambahan asid folik untuk 12 minggu pertama kehamilan dan sebaik-baiknya bermula sebelum kehamilan berlaku. Ini akan mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang (spina bifida) pada janin. 



Selain mengamalkan diet yang kaya dengna zat besi, b-12, protin dan vitamin C, ibu-ibu hamil juga boleh menganalkan pemakanan supplement. Antara supplement untuk ibu hamil yang mengalami gejala anemia ditawarkan oleh SHAKLEE adalah VITALEA, B-COMPLEX, ESP, OSTEMARIX, OMEGA dan VIT C 


~@ HB Low Ketika Hamil @~

Posted by: Unknown on Saturday, February 15, 2014 Categories:

Selamat Petang semua......Hari ni saya nak cerita sket pasal anemia atau kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil. Memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl).
Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi. 


APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?


Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.


1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.


2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.


3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??


Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation).

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?


Tips 1 :

--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan


Tips 2 :

--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb


Tips 3 :

--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..


Tips 4 :

--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)


PESANAN : 

MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....
Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???
•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000.
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
Mohon bakal2 ibu, tolong jangan ambik mudah perkara ni..sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..



~~@ TESTIMONI @~~







Berminat untuk mendapatkan VITALEA
dengan harga yang terbaik..
boleh hubungi saya melalui 
e-mail nor5181@yahoo.com
atau 
SMS ke 013-9213902 (Aini) 
ID Shaklee 954884

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

Posted by: Unknown on Friday, February 14, 2014 Categories:

Ramai yang mengalami masalah berat badan. Bagi mereka yang obese, adalah metabolisma mereka lebih rendah berbanding mereka yang lebih kurus? Hmmm mungkin tapi tahukah anda apa itu metabolisma?
Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda.
altBaiklah. Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.
  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.
  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20 minit kardio 2-3x seminggu.
  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak “bakar” lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk “bakar” lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah – tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.
Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.

Sumber:http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/1841-10-tip-untuk-tingkatkan-metabolisma-badan.html 

Jom jenguk-jenguk product Shaklee yang boleh tingkatkan kadar metabolisma badan.