Soalan Lazim Tentang Shaklee

Posted by: Unknown on Friday, February 07, 2014 Categories:
Q: Adakah Shaklee ini Halal?
A: Halal. Boleh rujuk artikel Halal di http://healthy.babykawaiistore.com/category/halal/

Q: Mengapa urin/susu saya bertukar jadi kekuningan/kuning kehijauan selepas mengambil vitamin?
A: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

Q: Saya mengalami pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
A: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini supaya vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari kurang minum air. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. Keserasian memerlukan sedikit masa. Anda juga mungkin mengalami krisis pemulihan

Q: Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya. Boleh saya beli full pack dengan best price?
A: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

Q: Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
A: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

Q: Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch?
A: Boleh, boleh gunakan ID Shaklee 954884 untuk dapatkan harga istimewa.

Q: Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
A: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

Q: Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
A: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan, maka memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

Q: Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin?
A: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu tanda bahawa tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada makanan.
Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walau bagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makan. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang.

No comments:

Post a Comment