Senaman Menyihatkan Badan

Posted by: Unknown on Saturday, March 24, 2012 Categories:
Jogging

Senamrobik

Bersukan

Regangan

Penyakit Berbahaya

Posted by: Unknown on Saturday, March 24, 2012 Categories:
A) KENCING MANIS

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.


-> APAKAH ITU KENCING MANIS ?


Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.


-> DEFINISI INSULIN:


Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:


-> FAKTOR PENYEBABNYA KENCING MANIS

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga.
Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

-> JENIS-JENIS KENCING MANIS

2 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

Kencing manis jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan.
Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

-> TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS :

1. Sentiasa dahaga ;
2. Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam ;
3. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki ;
4. Rasa gatal pada tangan dan kaki ;
5. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan ;
6. Luka yang lambat sembuh.



B) DARAH TINGGI


Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?


~> MENGAPA TEKANAN DARAH TINGGI BERLAKU ?


Apakah yang menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi ? Tekanan darah tinggi berlaku apabila pembuluh darah anda menyempit, maka tekanan darah dalam pembuluh darah akan meningkat dan jumlah darah yang mengalir bertambah. oleh itu tekanan darah juga akan turut meningkat.


~> PERINGKAT-PERINGKAT DARAH TINGGI


1) Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

2) Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

3) Peringkat Ke-3: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

4) Peringkat Ke-4: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

5) Peringkat Ke-5: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

6) Peringkat Ke-6: Peringkat Terakhir...
Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...

~> BAGAIMANA DARAH TINGGI BOEH BERLAKU ?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:

1.) Agen Pengoksidaan

2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Video animasi berikut menerangkan proses tersebut dan bagaimana ia boleh menyebabkan serangan sakit jantung.

Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik...


~> TANDA-TANDA DAN GELAJA-GEJALA DARAH TINGGI


Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
v Tercungap-cungap.
v Pandangan yang kabur.
v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
v Sakit kepala yang berterusan.
v Pening.

~> PENYEBAB DARAH TINGGI

Antara berikut merupakan punca-punca penyakit Darah Tinggi :-

1) Keturunan
Jika seseorang memiliki ibu bapa atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identik daripada yang kembar tidak identik. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.

2) Usia
Faktor ini tidak bisa Anda kendalikan. Penelitian menunjukkan bahwa seraya usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahwa tekanan darah Anda saat muda akan sama ketika Anda bertambah tua. Namun Anda dapat mengendalikan agar jangan melewati batas atas yang normal.

3) Garam
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada beberapa orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita hipertensi ringan, orang dengan usia tua, dan mereka yang berkulit hitam.

4) Kolesterol
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kandungan lemak yang berlebih dalam darah Anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol Anda sedini mungkin. Untuk tips mengendalikan kolesterol, silahkan lihat artikel berikut: kolesterol.

5) Obesitas / Kegemukan
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 persen berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.

6) Stres
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Stres dan kondisi emosi yang tidak stabil juga dapat memicu tekanan darah tinggi.

7) Rokok
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Karena itu, kebiasaan merokok yang terus dilanjutkan ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan memicu penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.

8) Kafein
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kafein yang terdapat pada kopi, teh maupun minuman cola bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah.

9) Alkohol
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Konsumsi alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.

10) Kurang Senaman
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kurang olahraga dan bergerak bisa menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Olahraga teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi Anda namun jangan melakukan olahraga yang berat jika Anda menderita tekanan darah tinggi.


~> MENCEGAH DAN MENGATASIPENYAKT DARAH TINGGI


Untuk mencegah darah tinggi bagi Anda yang masih memiliki tekanan darah normal ataupun mengatasi darah tinggi bagi Anda yang sudah memiliki tekanan darah tinggi, maka saran praktis berikut ini dapat Anda lakukan:

1) Kurangkan pengambilan garam dalam makanan Anda.
2) Selalu ambil makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium,
magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi.
3) Kurangkan minum minuman atau makanan beralkohol.
4) Senaman secara teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
5) Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang dan
lain-lain.
6) Jalankan terapi anti stres agar mengurangi stres dan Anda mampu mengendalikan
emosi Anda.
7) Berhenti merokok

Apa itu Obesiti

Posted by: Unknown on Sunday, March 18, 2012 Categories:
Perkongsian pada hari ini ialah apakah itu OBESITI...
atau juga disebut sebagai KEGEMUKAN ?


Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan menimbun di dalam badan seseorang. Kini, obesiti dikenali sebagai satu penyakit yang terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi agak keterlaluan dalam badan.Lebih teruk lagi obesiti boleh mengganggu mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. selain menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, pelbagai penyakit lain juga boleh dihidapi oleh individu mengalami kegemukan.....



Siapakah yang berisiko mengidap obesiti ?


1) mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih dari berat badan ideal

2) mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45kh melebihi berat badan yang sepatutnya

3) BMI melebihi 40 atau 39

4) mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis

5) mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak mengambil pemakanan yang
seimbang, kurang bersenam dan melakukan aktiviti yang tidak menggunakan banyak
pergerakan.




Punca Obesiti

Posted by: Unknown on Friday, March 16, 2012 Categories:
Apakah Punca Obesiti?

a) Genetik dan Keturunan

Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme

Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.


Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti


Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
Masalah jantung
Darah tinggi
Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.

b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.

c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.


Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?


a) Kurangkan menonton TV

b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain

c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.

d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak

Posted by: Unknown on Friday, March 16, 2012 Categories:
Kesihatan Anak: Kanak-Kanak Obes Berisiko Gemuk Bila Dewasa

Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?


Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:

Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm

BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk.


Kelas BMI


Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.


Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?


Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Penjagaan Kebersihan Diri

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:

a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria


Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Pemakanan Anak Anda

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Pemakanan yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.



Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik.

Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.
Karbohidrat

Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.

Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda.

Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.
Protein

Asas binaan tulang, darah dan otot.

Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.

Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu).

Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).
Lemak

Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.

Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.

Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.
Vitamin dan mineral

Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.

Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.

Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.
Air

Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.

Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).
Amalkan asas pemakanan sihat

Hanya anda yang boleh memastikan anak anda menerima yang terbaik dari segi pemakanan. Anda beruntung kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. Prinsipnya mudah – bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul.

Jadikan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan apabila membuat pilihan makanan. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan. Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anak anda. Sentiasa berikan alternatif yang berkhasiat untuk makanan yang anak anda tidak gemari.

Contohnya, hidangkan kangkung jika dia tidak gemarkan bayam; berikan ayam jika dia enggan makan ikan. Paling penting adalah memberinya gabungan makanan-makanan berkhasiat yang membekalkan pelbagai nutrien untuk menyokong keperluannya.

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik untuk ibu bapa amalkan di rumah:

Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah. Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya.

Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya.

Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.

Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.

Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.

Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati tumbesaran dan perkembangan yang optimum, dan juga kesihatan yang baik pada masa hadapan.

Piramid Makanan

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Apakah dia Piramid Makanan?


Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .




Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam


Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)


Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

Apakah yang membentuk sajian?

carta_piramid


Sumber: Info dari: Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Punca Masalah Kegemukan

Posted by: Unknown on Wednesday, March 14, 2012 Categories:

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menHuruf condongikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Adakah anak-anak kita makan dengan betul?

Posted by: Nor on Monday, March 12, 2012 Categories:

Kasim suka snek manis

Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan

Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk

Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul

Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan

Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan

Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1. Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2. Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat

Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.