Regangan

Posted by: Unknown on Friday, April 13, 2012 Categories:
-Sebaik-baiknya sebelum memulakan senaman atau berjoging, anda dinasihatkan melakukan regangan terlebih dahulu.

-Ia bukan sahaja memberi kelegaan kepada sendi dan otot malah menyegarkan semula minda apabila oksigen disedut masuk ke dalam paru-paru seterusnya ke otak.

-Secara tidak langsung, anda akan merasa segar dan bersemangat. Apabila otot mengalami regangan, tubuh akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan aktiviti seterusnya.

-Senaman regangan ini amat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.



Regangan otot lengan (triceps)

- Berdiri tegak.
- Bengkokkan tangan di atas kepala dengan siku menghala ke atas.
- Gunakan tangan yang satu lagi untuk menolak siku ke bawah.
- Biarkan selama 10 hingga 30 saat.
- Kemudian tukar kepada tangan sebelah lagi.
- Rasakan regangan pada bahagian triceps.

Tip: Luruskan badan semasa regangan dan pastikan dagu ditegakkan.
Regangan otot paha (quadriceps)


- Berdiri tegak.
- Bengkokkan lutut ke belakang dan pegang hujung jari kaki dengan tangan.
- Bengkokkan kaki dengan rapat ke badan.
- Kekalkan kedudukan selama 30 saat.
- Kembali kepada kedudukan berdiri tegak.
- Ulang senaman yang sama pada kaki sebelah lagi.
- Buat sebanyak 10 kali pada setiap kaki.
- Regangan otot betis (calf)
- Berdiri tegak.
- Letak sebelah kaki di belakang dan sebelah lagi di depan.
- Pastikan kaki belakang lurus dan kaki depan dibengkokkan sedikit.
- Biarkan selama 10 saat.
- Ulang pada kali sebelah lagi.
- Lakukan sebanyak 15 hingga 20 kali pada setiap kaki.



Tip: Otot betis adalah otot yang besar di bahagian belakang kaki. Apabila otot betis menjadi ketat, risiko otot mendapat kecederaan amat besar oleh itu amat penting melakukan aktiviti regangan otot betis sebelum memulakan senaman.

Sumber: utusan online

Senamrobik

Posted by: Unknown on Friday, April 13, 2012 Categories:
KEPENTINGAN SENAMROBIK TERHADAP SISTEM KARDIOVASKULA






Senam aerobik


- serangkaian gerak yang dipilih secara sengaja dengan cara mengikuti irama muzik yang dipilih.
-Sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain.
-Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen, nutrient, hormon dan keperluan lain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh serta menyalurkan ke bahagian lain dalam tubuh kita.
Tiga bahagian utama sistem kardiovaskular ialah jantung, darah dan pembuluh darah.


- suatu sistematika gabungan antara rangkaian gerak dan muzik yang sengaja
dibuat sehingga muncul keselarasan antara gerakan dan musik tersebut untuk


- mencapai tujuan tertentu:

1)Sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-
sistem lain.
2)Sistem kardiovaskular menjalankan peranan ini dengan mengangkut oksigen, nutrient,
hormon dan keperluan lain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa
metabolisme untuk dikumuh serta menyalurkan ke bahagian lain dalam tubuh kita.

Khasiat ulam Pegaga

Posted by: Unknown on Wednesday, April 11, 2012 Categories:


Saya yakin ramai dari kita yang pernah makan ataupun melihat daun pegaga. Ianya merupakan sejenis tumbuhan ulam yang tidak meninggi sebaliknya menjalar di tanah.
Memang diakui ianya sedikit sebanyak telah mula dilupakan. Maklumlah ulam-ulaman ini kurang menjadi pilihan oleh remaja-remaja sekaran yang lebih minat dengan makanan segera. Namun rasanya masih ramai yang minat dengan ulam ni termasuk saya.

Kebiasaannya kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak.Tapi boleh juga dimakan begitu saja.. Mestilah dibasuh lah dulu nanti ada pulak kena kuman. Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga tersebut.
Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.



Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah

Khasiat Ulam

Posted by: Unknown on Wednesday, April 11, 2012 Categories:
Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.

Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.

Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.

Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.

Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.

Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.

Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.

Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.

Rahsia Ulam-Ulaman

Posted by: Unknown on Wednesday, April 11, 2012 Categories:


Ulam ialah sejenis tumbuhan yang dimakan mentah dan segar. Generasi kini lebih kenal dengan makanan ringan seperti ayam goreng Kentucky, kentang goreng McDonald dan sebagainya.

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan zat galian bukan sahaja berpotensi mengubati penyakit-penyakit tetapi mempunyai bahan anti-bakteria dan anti-oksidan.

kempen makan ulam-ulaman bukan sahaja mendapat perhatian orang Melayu bahkan orang Cina dan bangsa lain juga menunjukkan minat untuk memakan ulam-ulaman.


Rahsia Ulam-Ulaman

Sudah tentu ianya menyihatkan. Dan sudah tentu ianya bersih. Ulam mudah diperolehi di pasar-pasar pagi, pasaraya dan pasar-pasar malam. Malah ulam boleh didapati dibelakang rumah, tepi rumah dan kawasan kebun. Lebih meyakinkan kalau tanam sendiri.

Ulam adalah makanan asli Melayu, lebih enak kalau ada banyak jenis lagi, ulam tak semestinya dimakan pagi, malah tengahari dan malam juga enak dimakan, tak susah nak sediakan ulam, begini langkahnya:- 1. Petik 2. Basuh/Celur 3. Hidang 4. Makan senang je. Bergembiralah melihat gambar ulam-ulaman ini bagi peminat-peminat salad.



Tumbuhan Herba

Posted by: Unknown on Wednesday, April 11, 2012 Categories:
Herba tempatan sebenarnya terlalu banyak khasiat yang tersembunyi. Siapa sangka pokok tempatan seperti pokok Tapak Sulaiman amat mujarap untuk merawat penyakit sifilis. Untuk penawar barah, carilah pokok Tapak Sembilan dan untuk merawat penyakit Hernia atau angin pasang, carilah pokok Temesu. Hebat sungguh ciptaan tuhan. Setiap penyakit di dunia ini ada juga penawarnya dari sumber tumbuhan herba.



1) LILIPAN




Getah lilipan di bahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah dan mengurangkan pembengkak bisul

2) PANDAN



Rambut akan menjadi bersih, lebat dan di samping itu dapat menyejukkan kepala

3) SERAI

Kandungan citral di dalam serai amat berkesan dalam membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Antara lain, tonik yang ada juga boleh merangsang sistem badan. Malah turut membantu anda menurunkan suhu badan.


4) KURMA


Kajian membuktikan bahawa kurma adalah antara makanan yang paling pantang diproses bagi membekalkan tenaga. Memandangkan selepas bersalin, anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan tenaga dan darah yang berkurangan, jadi kurma adalah pilihan yang sesuai. Selain itu, ia turut kaya dengan unsur zat besi dan kalsium bagi merangsang penghasilan susu ibu.


5) LADA HITAM


Lada hitam terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat untuk memanaskan badan. Selain itu, ia juga dapat melancarkan aliran darah, mengatasi kembung perut dan mengubati sakit serta pening kepala.


6) HALIA


Ia mengandungi atsiri, damar, mineral sineol, vitamin A, B1,C dan protien menjadikannya baik untuk mengubati luka luar dan dalam,merawat kegatalan, merangsang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan. Rasa dan aroma pedasnya pula dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.

7) KUNYIT

Kunyit dapat membersihkan perut, melepaskan lebihan gas pada usus, menghentikan pendarahan, melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.

TIPS KURUSKAN BADAN

Posted by: Unknown on Saturday, April 07, 2012 Categories:
TIPS KURUSKAN BADAN


Ingatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.

Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.

Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.

Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.

Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat

Petua Makan

Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.


Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.

Kadar makanan

Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.

Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.

Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.

Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.

Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.


Panduan piramid makanan

Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.

Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.

Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.

Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.

Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.

Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.

Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.

Petua Minum

Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.


Petua Senaman


Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.


Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.

Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.

Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.

Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.

Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.


Petua rehat


Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.

Tidur juga ubat kurus
Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.

Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.

Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.

Solat

Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki psikologi serta jati diri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.

Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.

Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.

Petua kurus untuk wanita

Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.

Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.

Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.

Sumber : http://www.google.com.my/#sclient=psy&hl=en&source=hp&q=makanan+memberi+tenaga+ketika+bersenam&aq=f&aqi=&aql=&oq=&pbx=1&fp=b14c43a83fc8cde5&biw=1280&bih=709

Kadar Nadi Latihan

Posted by: Unknown on Saturday, April 07, 2012 Categories:
Kadar Nadi Latihan

KNL = KNR + I (KNM – KNR)
KNL = Kadar Nadi Latihan
KNR = Kadar Nadi Rehat
I = Kadar Intensiti Latihan
KNM = Kadar Nadi Maksimum (220 – umur)

*CONTOH PENGIRAAN KADAR NADI LATIHAN (KNL)
Katakan umur pelajar adalah 17 tahun,
KNR = 60 denyutan seminit
KNM = 220 – 17
= 203
KNL pada kadar I = 70% - 80%,
KNL (70%) = KNR + I (KNM – KNR)
= 60 + 70% (203 – 60)
= 60 + 70% (143)
= 60 + 100.1
= 160.1 denyutan seminit

KNL (80%) = KNR + I (KNM – KNR)
= 60 + 80% (203-60)
= 60 + 80% (143)
= 60 + 114.4
= 174.4 denyutan seminit


Sumber: Buku Sains Sukan

Cara yang berkesan untuk mengatasi stress serta konflik

Posted by: Unknown on Saturday, April 07, 2012 Categories:
Cara yang berkesan untuk mengatasi stress serta konflik

Stress boleh dielakkan dengan menetapkan keperluan yang penting untuk dilakukan telebih dahulu. Kerja – kerja yang penting perlu dijadikan keutamaan agar tekanan akibat tidak dapat menyiapkan kerja yang sangat penting tidak timbul.

Dalam hal ini, penyediaan jadual kerja dapat membantu. Dalam jadual ini, kerja – kerja yang penting diletakkan sebagai kerja utama. Penangguhan kerja adalah perkara yang sangat ditegah. Ini kerana penangguhan kerja ini akan menyebabkan tekanan akibat beban kerja yang terlalu banyak timbul. Oleh itu, melalui penetapan keperluan yang dilakukan melalui penyediaan jadual kerja, stress akibat tidak dapat menyediakan kerja yang penting dan stress akibat penangguhan kerja dapat dielakkan.

Selain itu, stress dan konflik juga boleh diatasi melalui teknik relaksasi. Teknik ini adalah sangat efisen dan boleh dilakukan di mana – mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Teknik ini dapat membantu mengembalikan kelancaran peredaran darah dan menyebabkan tubuh individu kembali berasa segar.

Kesannya, stress dapat dikurangkan. Teknik relaksasi ini bukan sahaja membantu individu dalam mengawal stress tetapi juga dapat menambahbaik kesihatan individu dari segi fizikal, mental, dan emosi. Ini kerana relaksasi berkait rapat dengan aktiviti senaman yang dapat meningkatkan kesihatan individu. Relaksasi otot secara progresif dan sistematik dapat dilakukan ketika waktu rehat. Ia dapat dilakukan dengan merenggangkan otot – otot pada bahagian Yng sering menerima tekanan seperti tangan, lengan, muka, kepala, leher, bahu, dada, lambung, punggung bawah, dan seterusnya daerah kaki. Otot – otot ini ditegangkan selama 5 – 7 saat dan kemudiannya dikendurkan untuk 12 – 15 saat. Prosedur ini boleh diulang sebanyak 5 kali untuk membantu meredakan stress yang dialami. Kesannya, stress bukan sahaja dapat dikurangkan malah dapat membantu individu tersebut memulihkan peredaran darahnya.


Sumber: Buku Sumber Sains Sukan

Tips Pengiraan Kalori Makanan

Posted by: Unknown on Friday, April 06, 2012 Categories:
Kaedah pengiraan kalori makanan

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg. Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari

kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.

baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.



PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori



Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori



Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori



Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



kategori: Minuman


minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal



Petua memilih makanan di restoran :

sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
Minta salad tanpa dresing
minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol

Terapi pernafasan

Posted by: Unknown on Friday, April 06, 2012 Categories:
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya

sama untuk menghirup dan membuang nafas?


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya - sebelah

kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan

( mengeluarkan sejuk).


Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah

melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan

bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan

segar kembali.



Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.

Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana

yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?



Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk

bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik

diterapkan kepada orang dewasa.

Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (r

Khasiat Epal Hijau

Posted by: Unknown on Monday, April 02, 2012 Categories:
Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.



Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda..

Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi? Jom kita minum jus epal hijau. Sedap!

Bahan-bahan
>1 biji epal hijau
>2 inci saleri
>1 sudu gula pasir
>1 sudu madu
>ais batu hancur

Cara-cara
1.Epal dikupas kulit dan dipotong kecil
2.Masukkan sume bahan-bahan dalam blender dan kisar sampai halus
3.Sedia untuk diminum
*selain itu boleh jugak tambah bahan lain seperti oren, karot dan asam boi..selamat mencuba ^-^

Posted by: Unknown on Sunday, April 01, 2012 Categories:

Obesiti dan Kanak-Kanak

Posted by: Unknown on Sunday, April 01, 2012 Categories:
“Comel dan sihatnya anak awak. Tengok badannya yang besar dan montel, tidak macam anak saya kurus. Walaupun sudah bermacam makanan saya berikan kepadanya tapi masih sama”.



Mungkin ini antara luahan hati ibu bapa yang beranggapan kanak-kanak yang berbadan gempal dan ‘bulat’ itu comel berbanding kurus. Malah bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun gelaran seperti tembam, montel dan bulat jarang diambil berat dan tidak dipandang negatif.

Ini kerana bagi ibu bapa anak-anak gempal dan gemuk ini sihat jadi usah ditegur kerana bimbang mereka akan hilang selera makan. Selain itu ramai ibu bapa berpendapat, tidak mengapa anak kecil gemuk sedikit kerana kegemukan itu akan ‘hilang’ apabila usia mereka bertambah.

Ramai di kalangan ibu bapa kurang sedar mengenai bahaya obesiti di kalangan kanak-kanak. Dalam Panduan Pemakanan Malaysia 2010, kajian yang dijalankan ke atas 21,249 kanak-kanak pada 2006 menunjukkan 5.4 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. Daripada jumlah itu 6.8 peratus daripadanya berumur tujuh hingga sembilan tahun manakala 6.4 peratus berumur empat hingga enam tahun.

Menurut perunding pemakanan berpengalaman, Indra Balaratnam terdapat salah tanggapan dalam menyediakan panduan pemakanan yang sihat kepada anak-anak. Dalam satu kajian dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 dan 2008 mengenai tabiat pemakanan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun, menunjukkan 32.1 peratus tidak bersarapan, 24 peratus meninggalkan makan tengah hari manakala 24.4 peratus tidak makan malam.

“Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan akan terdorong untuk makan banyak makanan manis yang tentunya tidak baik untuk kesihatan mereka. Daripada kajian itu menunjukkan 55 peratus mengamalkan pemakanan tidak sihat iaitu makan makanan yang banyak mengandungi gula seperti ais krim, coklat, minuman manis, kuih dan kek sebagai gantian kepada sarapan,” katanya.

Menurut Indra, gula adalah karbohidrat ringkas membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Namun sering berlaku pengambilan gula berlebihan kerana kita tidak sedar kandungan gula tambahan yang tidak diperlukan lantaran gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Indra menjelaskan ibu bapa harus peka dengan menyemak label makanan yang menyenaraikan gula tambahan sebagai sukrosa, fruktosa, sorbitol, manitol, sirap jagung madu, malt, ekstrak malt, maltosa, ekstrak beras, molas dan sirap. Kandungan gula tambahan yang tidak mempunyai nilai pemakanan ini boleh didapati pada label makanan.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan gula haruslah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah tenaga harian. Ini bermaksud purata pengambilan gula untuk orang dewasa haruslah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50 gram) manakala kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun tidak melebihi lima sudu teh.

“Namun apa yang berlaku, terdapat pengambilan gula berlebihan dalam makanan kanak-kanak yang membawa pelbagai masalah. Penambahan gula dalam makanan hanyalah untuk menaikkan rasa atau memberi warna saja tetapi ia tidak memberi manfaat kepada badan. Malah pengambilan gula berlebihan setiap hari akan menyebabkan masalah kegemukan, kerosakan gigi dan penyakit kencing manis pada kanak-kanak dan orang dewasa,” katanya.



Justeru, ibu bapa berperanan penting menyediakan pemakanan seimbang dan sihat untuk anak-anak. Ini kerana pada usia setahun hingga empat tahun adalah tempoh yang amat kritikal kerana pada waktu inilah berlakunya pembentukan tabiat pemakanan yang akan berlanjutan sepanjang hayat. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan:

1. Memberi makanan seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2. Memulakan jadual pemakanan dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu boleh memberi susu ibu atau susu segar saja.

3. Jangan membiasakan memberi makanan segera dan manis seperti coklat dan ais krim sebagai hadiah kepada anak-anak.

4. Kanak-kanak adalah individu yang bijak, jadi berikan penjelasan kepada mereka mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.

5. Masak sendiri makanan untuk anak anda. Ini adalah langkah bijak dan penting bagi memberikan khasiat makanan mencukupi kepada mereka. Kurangkan pengambilan makanan segera.

6. Sentiasa berhati-hati mengenai gula tambahan yang terdapat di dalam makanan.

7. Bagi menggalakkan anak-anak makan makanan berkhasiat, ubah suai jenis masakan supaya makanan nampak lebih menyelerakan atau mengikut kesukaan anak. Buat persembahan yang menarik dari segi teknik hiasan, pinggan yang berwarna-warni supaya anak-anak menyukainya.

8. Jadilah contoh yang terbaik kepada anak-anak. Ini kerana anak-anak akan mengikut tabiat pemakanan ibu bapa di rumah.



Contoh keperluan pemakanan berkhasiat untuk anak kecil:

1. Dua atau tiga cawan susu

Selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiatnya dengan susu seperti dadih keju dan puding.

2. Empat hidangan sayur atau buah-buahan

Sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak berusia setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan A yang tinggi.

3. Empat hidangan roti dan bijirin

Kanak-kanak mungkin banyak makan makanan daripada kumpulan ini. Ini tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut makan makanan daripada kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

4. Dua hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.

Penting: Setiap hidangan perlu mempunyai semua zat makanan seperti protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

Elakkan memberikan makanan yang tidak sihat kepada anak-anak, antaranya seperti:
~ coklat dan gula-gula
~ ais-krim
~ makanan segera
~ minuman berkarbonat
~ makanan berlemak

Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?

Posted by: Unknown on Sunday, April 01, 2012 Categories:
DARAH TINGGI

Darah tinggi adalah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan kita, malah menjadi sebutan saban waktu dan ketika. Ia merupakan satu penyakit genetik yang tentunya berkait rapat dengan keturunan.

Di Malaysia, kajian menunjukkan peratus kejadian penyakit ini adalah sebanyak 24%. Ini bermakna 1 daripada 4 orang rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah yang tinggi. Kebanyakan penyakit darah tinggi didiagnos pada usia 25 tahun dan ke atas, sewaktu pemeriksaan kesihatan umum dijalankan.

Jantung bekerja sebagai sebuah pam yang mengepam darah ke seluruh badan. Tekanan darah yang diukur sewaktu jantung mengepam darah dipanggil tekanan darah sistolik (bacaan atas), manakala tekanan darah yang diukur sewaktu jantung berehat dipanggil tekanan darah diastolic (bacaan bawah). Tekanan darah yang normal adalah 120/80 mmHg. Tekanan darah dikatakan tinggi apabila melebihi 140/90 mmHg.


PUNCA-PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI


Punca tekanan darah tinggi yang paling utama adalah disebabkan faktor genetik. Bagaimanapun, para pengkaji masih tidak mengetahui secara jelas bagaimana terjadinya peningkatan tekanan darah. Penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh faktor genetik ini juga disebut sebagai primary atau essential hypertension.

Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang dapat mengganggu fungsi organ sehingga menyebabkan kegagalan badan untuk mengawal tekanan darah. Contohnya seperti buah pinggang, jantung, sistem saraf dan lain-lain. Keadaan ini juga disebut sebagai secondary hypertension. Secondary hypertension boleh juga berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan seperti steroid dan ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Pengambilan alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi tekanan darah tinggi seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.


TANDA-TANDA, SIMPTOM DAN GEJALA TEKANAN DARAH TINGGI


Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah tekanan darah mereka menjadi amat tinggi. Seringkali tanda-tanda yang dapat dijumpai adalah pening, sakit kepala atau hidung berdarah. Periksalah tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan yang berdekatan.


KOMPLIKASI TEKANAN DARAH TINGGI


Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan tekanan darah yang mendadak boleh menyebabkan:
- Kekeliruan
- Khayal
- Sawan, malah
- Kematian.
Maka, hendaklah dirawat segera.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan tekanan yang berterusan kepada organ-organ tubuh:
- Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
- Pembuluh darah: menjadi keras
- Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
- Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
- Otak: strok / angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal.


SEJAUH MANAKAH RISIKO ANDA UNTUK MENDAPAT DARAH TINGGI?


Daripada kajian, terdapat banyak faktor yang meningkatkan risiko untuk terjadinya tekanan darah tinggi. Antaranya:

1) Umur.
Risiko mendapat tekanan darah tinggi meningkat seiring dengan peningkatan umur.

2) Sejarah keluarga.
Disebabkan faktor utama tekanan darah tinggi adalah genetik, jika anda mempunyai ibu atau ayah yang mempunyai darah tinggi, kemungkinan besar anda juga mempunyai darah tinggi.

3) Obes/Kegemukan.
Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kerana pada orang gemuk, jantung akan berusaha lebih keras untuk mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh. Secara langsung, tekanan di dalam pembuluh darah akan meningkat.

4) Kurang bersenam.
Jantung pada orang yang kurang bersenam berdetak dengan lebih cepat. Hal ini demikian kerana jantung perlu berusaha lebih kuat untuk mengepam darah pada setiap pengepaman, secara tidak langsung, tekanan darah akan naik.

5) Diet terlebih garam.
Garam yang berlebihan akan menyebabkan lebih banyak air atau cairan tersimpan di dalam badan. Dengan meningkatnya kandungan darah, tekanan darah juga turut meningkat.

6) Stres.
Stres dapat menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi secara mendadak. Prosesnya melibatkan sistem saraf sentral di otak.

7) Merokok dan minum alkohol.
Bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam rokok/tembakau menyebabkan penyempitan pada pembuluh darah yang akhirnya meningkatkan tekanan darah. Samalah juga halnya dengan alkohol.

BERAPA KERAPKAH PEMERIKSAAN BERKALA PERLU DILAKUKAN?

Anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan umum sekurang-kurangnya 2 tahun sekali pada umur 20 tahun dan ke atas. Jika masalah tekanan darah dapat diketahui lebih awal, anda tidak perlu memakan ubat. Hanya perlu menjaga pemakanan dan meningkatkan senaman.

APAKAH RAWATAN UBAT UNTUK TEKANAN DARAH TINGGI?

Langkah utama dalam pengubatan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawal tekanan darah. Target tekanan darah adalah 140/90 untuk orang yang sihat, 130/80 untuk orang yang mempunyai penyakit buah pinggang, dan 120/80 untuk orang yang mempunyai penyakit jantung.

Tekanan darah dapat diturunkan dengan mengurangkan penyebab-penyebab berlakunya tekanan darah tinggi seperti yang telah disebutkan di atas; kurangkan garam dalam makanan, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol, bersenam, kurangkan berat badan dan kurangkan stres.

Jika tekanan darah tidak dapat dikurangkan dengan cara-cara di atas, maka anda perlulah memakan ubat dengan teratur. Kadang-kadang, beberapa kombinasi ubat diberikan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesan sampingan sekiranya ubat yang sama diberikan.

Senaman Menyihatkan Badan

Posted by: Unknown on Saturday, March 24, 2012 Categories:
Jogging

Senamrobik

Bersukan

Regangan

Penyakit Berbahaya

Posted by: Unknown on Saturday, March 24, 2012 Categories:
A) KENCING MANIS

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.


-> APAKAH ITU KENCING MANIS ?


Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.


-> DEFINISI INSULIN:


Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:


-> FAKTOR PENYEBABNYA KENCING MANIS

Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga.
Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

-> JENIS-JENIS KENCING MANIS

2 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

Kencing manis jenis 1:

Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

Kencing manis jenis 2:

Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan.
Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

-> TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS :

1. Sentiasa dahaga ;
2. Kerap buang air kecil, terutamanya pada waktu malam ;
3. Letih tidak menentu, penat dan sakit kaki ;
4. Rasa gatal pada tangan dan kaki ;
5. Terasa menyucuk-nyucuk pada jari-jari kaki atau tangan ;
6. Luka yang lambat sembuh.



B) DARAH TINGGI


Masalah tekanan darah tinggi yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Tekanan Darah Tinggi BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa keadaan dalaman badan anda sudah menjadi semakin tercemar dengan macam-macan bahan yang terkandung dalam makanan zaman moden ini.

Kalau tekanan darah tinggi itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, tekanan darah tinggi TIDAK menjangkit! Tekanan darah tinggi bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apakah fungsi ubat-ubat hipertensi yang doktor bagi itu?


~> MENGAPA TEKANAN DARAH TINGGI BERLAKU ?


Apakah yang menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi ? Tekanan darah tinggi berlaku apabila pembuluh darah anda menyempit, maka tekanan darah dalam pembuluh darah akan meningkat dan jumlah darah yang mengalir bertambah. oleh itu tekanan darah juga akan turut meningkat.


~> PERINGKAT-PERINGKAT DARAH TINGGI


1) Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.

2) Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

3) Peringkat Ke-3: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

4) Peringkat Ke-4: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

5) Peringkat Ke-5: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

6) Peringkat Ke-6: Peringkat Terakhir...
Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...

~> BAGAIMANA DARAH TINGGI BOEH BERLAKU ?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:

1.) Agen Pengoksidaan

2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat

Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk ke dalam dinding saluran darah. Video animasi berikut menerangkan proses tersebut dan bagaimana ia boleh menyebabkan serangan sakit jantung.

Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan pengerasan saluran darah dan penyempitan ruang saluran darah yang menimbulkan masalah tekanan darah tinggi. Apabila pemecahan plak berlaku, serangan sakit jantung atau strok akan terjadi.

Pengelakan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi mungkin boleh mengurangkan pembentukan plak baru, tetapi ia tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.

JANGAN tunggu sampai saluran sudah sempit baru bertindak. Operasi pembedahan seperti Balloon dan By-Pass cuma merupakan rawatan kecemasan yang sementara. Plak-plak baru akan terbentuk dan anda tidak tahu bila serangan seterusnya akan berlaku. Bukan setiap kali pun begitu nasib baik...


~> TANDA-TANDA DAN GELAJA-GEJALA DARAH TINGGI


Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-
v Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
v Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
v Tercungap-cungap.
v Pandangan yang kabur.
v Pendarahan di hidung yang sering berulang.
v Sakit kepala yang berterusan.
v Pening.

~> PENYEBAB DARAH TINGGI

Antara berikut merupakan punca-punca penyakit Darah Tinggi :-

1) Keturunan
Jika seseorang memiliki ibu bapa atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahwa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar identik daripada yang kembar tidak identik. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.

2) Usia
Faktor ini tidak bisa Anda kendalikan. Penelitian menunjukkan bahwa seraya usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahwa tekanan darah Anda saat muda akan sama ketika Anda bertambah tua. Namun Anda dapat mengendalikan agar jangan melewati batas atas yang normal.

3) Garam
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada beberapa orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita hipertensi ringan, orang dengan usia tua, dan mereka yang berkulit hitam.

4) Kolesterol
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kandungan lemak yang berlebih dalam darah Anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol Anda sedini mungkin. Untuk tips mengendalikan kolesterol, silahkan lihat artikel berikut: kolesterol.

5) Obesitas / Kegemukan
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 persen berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.

6) Stres
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Stres dan kondisi emosi yang tidak stabil juga dapat memicu tekanan darah tinggi.

7) Rokok
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Karena itu, kebiasaan merokok yang terus dilanjutkan ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan memicu penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.

8) Kafein
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kafein yang terdapat pada kopi, teh maupun minuman cola bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah.

9) Alkohol
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Konsumsi alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.

10) Kurang Senaman
Faktor ini bisa Anda kendalikan. Kurang olahraga dan bergerak bisa menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Olahraga teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi Anda namun jangan melakukan olahraga yang berat jika Anda menderita tekanan darah tinggi.


~> MENCEGAH DAN MENGATASIPENYAKT DARAH TINGGI


Untuk mencegah darah tinggi bagi Anda yang masih memiliki tekanan darah normal ataupun mengatasi darah tinggi bagi Anda yang sudah memiliki tekanan darah tinggi, maka saran praktis berikut ini dapat Anda lakukan:

1) Kurangkan pengambilan garam dalam makanan Anda.
2) Selalu ambil makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium,
magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi.
3) Kurangkan minum minuman atau makanan beralkohol.
4) Senaman secara teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
5) Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang dan
lain-lain.
6) Jalankan terapi anti stres agar mengurangi stres dan Anda mampu mengendalikan
emosi Anda.
7) Berhenti merokok

Apa itu Obesiti

Posted by: Unknown on Sunday, March 18, 2012 Categories:
Perkongsian pada hari ini ialah apakah itu OBESITI...
atau juga disebut sebagai KEGEMUKAN ?


Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan menimbun di dalam badan seseorang. Kini, obesiti dikenali sebagai satu penyakit yang terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi agak keterlaluan dalam badan.Lebih teruk lagi obesiti boleh mengganggu mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. selain menghadkan kegiatan fizikal dan sosial, pelbagai penyakit lain juga boleh dihidapi oleh individu mengalami kegemukan.....



Siapakah yang berisiko mengidap obesiti ?


1) mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih dari berat badan ideal

2) mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45kh melebihi berat badan yang sepatutnya

3) BMI melebihi 40 atau 39

4) mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis

5) mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak mengambil pemakanan yang
seimbang, kurang bersenam dan melakukan aktiviti yang tidak menggunakan banyak
pergerakan.




Punca Obesiti

Posted by: Unknown on Friday, March 16, 2012 Categories:
Apakah Punca Obesiti?

a) Genetik dan Keturunan

Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti.

b) Sebab persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti.

c) Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti

d) Sebab psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e) Masalah metabolisme

Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin.


Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti


Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana hormon insulin kurang sensitif
Masalah jantung
Darah tinggi
Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Bagaimana Membantu Anak Anda Mengurangkan Berat Badan?

Dengan memakan makanan lebih sihat dan juga melakukan senaman. Proses pengurangan berat badan bukan berlaku sekelip mata tetapi memerlukan masa dan dorongan keluarga. Jangan sekali-kali mengurangkan makanan kanak-kanak tetapi berikan makanan lebih sihat seperti sayuran dan buahan. Pujian yang diberikan anda akan menambah sikap positif kanak-kanak dan ini memudahkan lagi proses pengurangan berat badan.

Bagaimana Memastikan Anak Makan Makanan Yang Berkhasiat?

a) Pastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu.

b) Pastikan bila anda memilih makanan , makanan itu tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah.

c) Jika anak anda berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.


Bagaimana Membantu Kanak-Kanak Bersenam Lebih?


a) Kurangkan menonton TV

b) Pastikan anak anda bermain dengan kanak-kanak lain

c) Pastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari.

d) Pastikan anak anda aktif dalam aktiviti kokurikulum

Banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai.

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak

Posted by: Unknown on Friday, March 16, 2012 Categories:
Kesihatan Anak: Kanak-Kanak Obes Berisiko Gemuk Bila Dewasa

Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan.


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Obesiti?


Definisi obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:

Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm

BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk.


Kelas BMI


Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Walaupun ukuran ini agak sukar dilakukan bagi kanak-kanak. Secara amnya jika berat mereka adalah 85 peratus lebih daripada kanak-kanak yang sebaya, kanak-kanak itu tergolong dalam kategori berat badan berlebihan.


Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?


Konsep bayi obes adalah sesuatu perkara baru dan tidak mudah diterima. Adalah anggapan yang biasa bayi gemuk dan comel adalah sihat, tetapi ada penyelidikan menunjukkan kebanyakan golongan dewasa yang obes bermula daripada bayi yang mempunyai berat badan berlebihan.

Memulakan makanan pejal yang berkarbohidrat tinggi pada usia terlalu awal dan juga minuman yang mempunyai kandungan gula seperti jus memberi kesan pada berat bayi. Bagi mengelakkan masalah bayi mempunyai berat badan berlebihan apa yang perlu dilakukan adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih kurang enam bulan dan permulaan makanan pejal pada usia yang sama sambil meneruskan penyusuan.

Penjagaan Kebersihan Diri

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya:

a) badan sihat
b) tiada jangkitan kulit
c) sentiasa cergas dan ceria


Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah:

a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat.
b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun.
c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi.
d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu.
e) Pakai pakaian yang bersih.
f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan.
g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk.
h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih.
i) Selalu memotong kuku yang panjang.
j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas.
k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Pemakanan Anak Anda

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Pemakanan yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.



Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik.

Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.
Karbohidrat

Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.

Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda.

Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.
Protein

Asas binaan tulang, darah dan otot.

Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.

Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu).

Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).
Lemak

Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.

Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.

Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.
Vitamin dan mineral

Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.

Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.

Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.
Air

Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.

Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).
Amalkan asas pemakanan sihat

Hanya anda yang boleh memastikan anak anda menerima yang terbaik dari segi pemakanan. Anda beruntung kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. Prinsipnya mudah – bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul.

Jadikan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan apabila membuat pilihan makanan. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan. Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anak anda. Sentiasa berikan alternatif yang berkhasiat untuk makanan yang anak anda tidak gemari.

Contohnya, hidangkan kangkung jika dia tidak gemarkan bayam; berikan ayam jika dia enggan makan ikan. Paling penting adalah memberinya gabungan makanan-makanan berkhasiat yang membekalkan pelbagai nutrien untuk menyokong keperluannya.

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik untuk ibu bapa amalkan di rumah:

Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah. Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya.

Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya.

Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.

Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.

Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.

Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati tumbesaran dan perkembangan yang optimum, dan juga kesihatan yang baik pada masa hadapan.

Piramid Makanan

Posted by: Unknown on Thursday, March 15, 2012 Categories:
Apakah dia Piramid Makanan?


Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari .




Berapakah kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan?

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:

Paras 1
Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Paras 3
Ikan, ayam dan itik, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu

Paras 4
Lemak, minyak, gula dan garam


Berapakah sajian yang perlu kita ambil dalam sehari?


Paras 1
Biji-bijian dan bijirin serta produk ubi-ubian (8-12 sajian)

Paras 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 sajian)

Paras 3
Ikan, ternakan, daging dan kekacang (2-3 sajian)

Paras 4
Susu dan hasil tenusu (1-2 sajian)


Apakah itu saiz sajian?

Saiz sajian merujuk kepada jumlah makanan dalam kumpulan yang sama yang mempunyai kandungan zat yang serupa dan boleh ditukar ganti.

Apakah yang membentuk sajian?

carta_piramid


Sumber: Info dari: Healthy Lifestyle Campaign 1997, Healthy Eating : Manual Prime and Supportive Messages, Ministry of Health Malaysia

Punca Masalah Kegemukan

Posted by: Unknown on Wednesday, March 14, 2012 Categories:

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menHuruf condongikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Adakah anak-anak kita makan dengan betul?

Posted by: Nor on Monday, March 12, 2012 Categories:

Kasim suka snek manis

Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan

Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk

Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul

Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?

Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan

Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan

Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?

Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1. Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

2. Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat

Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.