Pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.

Posted by: Unknown on Wednesday, August 27, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Sihat ke semua....? Alhamdulillah saya pun sihat2 saja walaupun tidur hanya 2..3 jam sahaja....banyak keje la katakan...hahahahaha... :D ....Entri kali saya nak sharing tentang Gentle Deep Foaming Cleanser, iaitu salah satu product kecantikan Shaklee.

Kalau vitamin kita makan untuk penjagaan kulit dari dalaman, namun bahagian luar jangan kita abaikan. Untuk itu entri kali ini ingin berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.


                              

Apakah keistimewaan produk ini?


  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  •  Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Jangan terkejut apabila anda memiliki pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini kerana saiznya agak besar 150 ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Best kan..!!

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Ia tiada haruman wangian kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.


Kepada anda yang memang memilih sesuatu produk kerana jenama janganlah risau. Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan pencuci-pencuci muka yang berjenama hebat di pasaran. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.
NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser
Jom ikuti Cara nak cuci muka dengan betul....

1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.


3. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.


4. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.


5. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


6. Mencuci Muka Perlahan-lahan

Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.


7. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


8. Menggunakan Topeng Kecantikan Untuk Muka

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C dan E.


9. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.
10. Mesti cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Kulit perlu ada ruang untuk bebas dari sebarang perhiasan, make up, kotoran yang hinggap kat kulit wajah sepanjang hari. Jadi kulit wajah perlu dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit wajah. 


 
  
Berminat nak dapatkan pencuci muka shaklee ini..?
Hubungi saya...
Noraini Othman
SMS/Whatsapp : 013-9213902
FB: Damia Noraini

Bersediakah untuk menjauhi penyakit Darah Tinggi ?

Posted by: Unknown on Tuesday, August 26, 2014 Categories:
Assalamualaikum
Bertemu lagi kita di entry pertama untuk hari ini. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang penyakit darah tinggi atau hipertensi....dan nanti saya akan share beberapa produk shaklee yang sesuai diambil bagi pesakit darah tinggi...

Secara umumnya, kita hanya tahu penyakit darah tinggi perpunca dari pengambilan makanan yang mengandungi kadar garam yang tinggi. Namun, banyak lagi sebenarnya perkara lain yang menyebabkan kita mungkin akan mendapat penyakit darah tinggi.

                  


Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%. Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
 
Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010

2. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi


Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:

1) Cara hidup tidak aktif
2) Umur melebihi 35 tahun
3) Kegemukan
4) Paras kolesterol tinggi
5) Faktor keturunan & Sejarah keluarga
6) Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
7) Pengambilan garam yang tinggi
8) Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
9) Penyakit buah pinggang

3. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

a) Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
b) Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi).

Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

4. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

a) Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
b) Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
c) Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
d) Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
e) Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

5. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi

Tanpa menggunakan ubatan:
-Perlu mengubah amalan cara hidup anda iaitu cara hidup sihat
-Amalkan permakanan sihat
-Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
-Melakukan senaman berkala
-Kurangkan berat badan jika berlebihan
-Atasi tekanan secara berkesan
-Berhenti merokok
-Berhenti mengambil alkohol
                      

SET DARAH TINGGI SHAKLEE

Bagi yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi akibat kadar kolestrol yang tinggi dan darah yang pekat, dicadangkan set satu, Mengandungi Omega Guard dan Garlic Complex. Kandungan supplement ini adalah semulajadi dan dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang dadah atau ubat sintetik. Antara fungsi kedua dua suplement ini adalah :

#OMEGA GUARD
Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
Melancarkan peredaran darah
Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
Mengelakkan Obesiti

#GARLIC COMPLEX
Menghalang strok
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Menghalang penyakit berkaitan jantung
Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Sekiranya masalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh stress atau tekanan perasaan, OSTEMATRIX adalah yang terbaik sebagai tambahan.

#Antara khasiat OSTEMATRIX adalah :
Menguatkan tulang
Menstabilkan tekanan darah akibat stress
Memberi kesan penenang ( makan sebelum tidur)
Menghilangkan keletihan dan tidur yang nyenyak.
Sebab , kadang-kadang, kurang tidur juga akam menyebabkan tekanan darah naik. Ostematrix akan memberi kesan penenang dan tidur yang nyenyak serta senang untuk bangun pada waktu pagi.
         Photo: SET DARAH TINGGI SHAKLEE

SET PERTAMA DARAH TINGGI

Bagi yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi akibat kadar kolestrol yang tinggi dan darah yang pekat, dicadangkan set satu, Mengandungi Omega Guard dan Garlic Complex. Kandungan supplement ini adalah semulajadi dan dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang dadah atau ubat sintetik. Antara fungsi kedua dua suplement ini adalah :

#OMEGA GUARD
Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
Melancarkan peredaran darah
Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
Mengelakkan Obesiti

#GARLIC COMPLEX
Menghalang strok
Menguatkan sistem pertahanan tubuh
Menghalang penyakit berkaitan jantung
Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Sekiranya masalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh stress atau tekanan perasaan, OSTEMATRIX adalah yang terbaik sebagai tambahan.

#Antara khasiat OSTEMATRIX adalah :
Menguatkan tulang
Menstabilkan tekanan darah akibat stress
Memberi kesan penenang ( makan sebelum tidur)
Menghilangkan keletihan dan tidur yang nyenyak.
Sebab , kadang-kadang, kurang tidur juga akam menyebabkan tekanan darah naik. Ostematrix akan memberi kesan penenang dan tidur yang nyenyak serta senang untuk bangun pada waktu pagi.

naa 014-9055106





Hubungi saya untuk mendapatkan Darah Tinggi Shaklee
Noraini Othman
SID:954884
SMS/WHATSAPP: 013-9213902

Set Bersalin : Membantu ibu lebih bertenaga

Posted by: Unknown on Monday, August 25, 2014 Categories:
Assalamualaikum....

Bertemu lagi dalam entry ke tiga saya pada hari ini dan yang terakhir kot untuk hari ini. Lepas ni nak teruskan ngan tugas2 hakiki saya ...nak siapkan 3 set soalan ujian. Sekarang masa berehat kejap, saya nak bercerita tentang kebaikan Set Bersalin Shaklee dengan ibu2 di luar sana.

 
Selepas bersalin kena lah berpantang dan tempoh berpantang yang agak mengambil masa ini adalah satu tempoh yang meletakkan seorang ibu dalam keadaan stress. Mana taknya, dia sakit akibat luka bersalin sama ada luka dalaman dan luka luaran, melayan karenah anak kecil yang kadang kala merengek di malam hari di kala orang semua dah tidur, nak melayan anak2 lain yang masih kecil, makan pun tak menentu sebab tak boleh nak maka banyak benda lain yang best2 kan... Jadi keadaan ini amat menguji kesabaran si ibu itu.


Emosi ibu berpantang ini juga kurang stabil. Mereka akan berasa cepat marah kerana mengalami keletihan akibat tidak cukup tidur, dan badan kurang bertenaga. Ibu berpantang juga mudah rasa sedih dan lebih sensitif membuatkan si suami akan rasa tak menentu bila isterinya merajuk akibat hal yang remeh temeh. Dalam keadaan ini, si suami kena banyak bersabar.

Hal ini perlu ditangani dengan baik bagi mengelakkan ibu berpantang ini menjurus ke arah penyakit yang orang kita panggil "meroyan". Pemakanan ibu semasa berpantang perlu dititikberatkan terutamanya untuk membolehkan luka bersalin cepat sembuh. Hal ini si suami perlu tahu dan perlu ambil berat.

Antara pemakanan yang dicadangkan semasa berpantang ialah dengan mengamalkan pemakanan suppliment. Set berpantang Shaklee mampu memberi kandungan nutrisi yang diperlukan oleh ibu bersalin dalam tempoh berpantang dan selepas berpantang. 

Set berpantang Shaklee boleh memberikan tenaga kepada ibu utk menguruskan anak kecil sehari-harian. Selain itu, set berpantang Shaklee mampu menangani stress yang dihadapi oleh ibu berpantang serta mampu membantu menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat.

Berikut ialah kandungan suppliment dalam set berpantang Shaklee :

1) B-Complex : membantu mengawal emosi ibu, memberikan rasa tenang dan mengurangkan stress.

2) Vitalea : merupakan multivitamin yang mampu membantu ibu kekal bertenaga sepanjang hari untuk menguruskan anak dan rumahtangga.


3) Ostematrix : kalsium yang membantu mengurangkan lenguh badan, membekalkan kalsium kepada ibu menyusu dan mengurangkan sembelit semasa berpantang.


4) Zinc : membantu menyembuhkan luka bersalin dengan lebih cepat sama ada luka bersalin secara normal atau melalui pembedahan.


5) ESP : protein terbaik dan mampu menjadi milkbooster, memberi tenaga, mencantikkan kulit dan memulihkan rahim.


Ramai yang dah mencuba set berpantang Shaklee dan memberi feedback yang positif. Lihat testimoni...

 

 

 

Anda nak cuba set berpantang Shaklee..?
Hubungi Saya:
Noraini Othman
SID: 954884
SMS/Whatsapp: 013-9213902


5 Sebab Kenapa GLA Complex Shaklee Sangat Best

Posted by: Unknown on Monday, August 25, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dalam entri kedua untuk hari ini....entri pertama saya bercerita tentang Set Gastrik dan entri kedua ini saya nak bercakap tentang 5 sebab kenapa GLA Complex Shaklee sangat best...

Sebelum saya bercerita dengan lebih panjang, saya nak share pengalaman saya setelah consume GLA Complex sebelum ini. Saya ambil GLA Complex untuk stabilkan hormon, sebabnya kadang kala period saya tidak teratur...kejap datang hujung bulan..kejap datang awal bulan....lepas tu datang skit-skit....adakalanya datang banyak-banyak..huhuhu...senggugut pun boleh tahan bergolek-golek jugak la...sakit perut...sejuk habis tangan kaki....

Lepas tu saya try GLA Complex about two month...Alhamdulillah...setelah 3 bulan consume period saya dah teratur...senggugut pun dah tak mencengkam sangat..sakit perut skit2 je dan masih leh jalan pi sana sini. Kulit muka pun ok..Alhamdulillah...saya consume GLA Complex bersama Vitamin C Shaklee jugak....Setakat ini Alhamdulillah...everything is ok....

ok..kat sini saya nak share 5 sebab kenapa GLA Complex Shaklee ni sangat best dan sesuai utk dijadikan amalan seharian kaum wanita, kecuali wanita yang sedang hamil. 



1 == GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Apapun kita kena berfikiran terbuka, kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan hasilnya. Alhamdulillah. Setakat harini, memang banyak testimoni customers kami yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini.

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?

Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.

Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.

2 == GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut,
betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.

Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

 
3 == GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah

Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.

Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.


4 == GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung


GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.

Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

5 == GLA Complex Untuk Awet Muda

Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.



Hubungi Aini utk mendapatkan GLA COMPLEX dan product2 Shaklee yang lain.
SMS/Whatsapp : 013-9213902
Aini adalah pengadar Shaklee yang sah menggunakan
SID : 954884

~PENGEDAR SAH SHAKLE~

Set Gastrik

Posted by: Unknown on Sunday, August 24, 2014 Categories:
Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu di entri hari ini.....syukur...
Hari ini saya nak share dengan anda set gastrik shaklee yg boleh anda semua amalkan setiap hari. Untuk pengetahuan semua, saya juga salah seorang yg sentiasa alami gastrik or pedih2 ulu hati sbb sentiasa cepat lapar n menyebabkan gastrik. Alhamdulillah semenjak amalkan susu soya Shaklee (ESP) ini, pedih perut jika terlambat makan tu sudah tiada lagi...saya masih mampu bertahan walaupun dah sampai masa mengisi perut sebenarnya....

Untuk kawan2 yg alami gastrik,boleh amalkan susu ESP shaklee. Di tambah lagi dgn suplemen Ostematrix dan Peppermint Gingger Plus.





ENERGIZING SOY PROTEIN


ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

OSTEMATRIX


Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

PEPPERMINT GINGER PLUS 



Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Berminat untuk dapatkan set gastrik ini boleh terus hubungi saya. H
arga adalah sgt istimewa kawan2 semua....


Hubungi saya di....

FB : Damia Noraini
SMS/WHATSAPP : 013-9213902



Berat Badan tak Turun-Turun...?

Posted by: Unknown on Tuesday, August 19, 2014 Categories:


Anda berbadan besar...!!
atau berisi...!!
atau gemuk...!!.ermmm..
sama macam saya suatu ketika dahulu..saya pernah berbadan besar atau kawan2 panggil saya berbadan berisi. Bila kawan2 dah mula panggil saya si badan berisi saya ada rasa malu dan nekaf utk turunkan berat badan....macam2 buat tapi tak berjasil....saya diet, joging, saya tak makan nasi dan saya tahan perut supaya tak makan....tapi hasilnya tiada.....kalo turun pun kejap aje...tapi naik semula....

Apakah sebabnya berat badan tak turun2 walaupun dah cuba macam2....?
Adakah saya silap teknik ?
Rasa letih sangat sbb usaha tak berbaloi....

Namun beberapa tahun kebelakangan ini berat saya dah turun malah maintain....dan kalo boleh saya nak turunkan lagi....

Antata perkara yg kita kena lihat kalo kita nekad nak turunkan berat badan, iaitu....

1) Elak Waktu Makan





Ramai yang beranggapan, dengan ‘skip’ waktu makan adalah cara yang terbaik untuk cepat kurus. Namun, tahukah anda bahawa, jika kita biarkan perut kita kosong tanpa diisi apabila tiba waktu makan, ia akan membuatkan kadar metabolisme turun dan akan menggalakkan kita makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya? Inilah yang menyebabkan badan makin gemuk… Oh…sangat scary kan??

Seeloknya, setiap kali tiba waktu makan, isilah perut kita dengan an yang seimbang dan berkhasiat. Seperti contoh, jangan sekali-kali tinggalkan waktu breakfast. Isilah perut dengan sumber makanan yang membekalkan tenaga ke pada kita untuk memulakan hari dengan baik.  Saranan terbaik daripada saya, anda boleh ambil Cinch Shake Shaklee ataupun ESP untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat untuk anda. Ingat ye, jangan sekali-kali biarkan perut kita kosong!

2) Mesti Bersenam





Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam atau mengeluarkan peluh. Tahukah anda, bila kita mengeluarkan peluh, kita akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku. Lebih mudah badan kita nak kurus. Sangat simple kan?

Kalau takde masa nak pergi bersenam, amalkan senaman ringkas seperti parking kereta jauh sedikt daripada pejabat, dan jalanlah kaki. Sambil-sambil keluar peluh, boleh dapat kaki yang cantik tau! Tak pun naik tangga dan bukannya lif. Jadikan ianya MUDAH…barulah kita tak rasa tertekan bila buat. Dan kalau nak membantu badan kita untuk lebih cepat berpeluh, boleh amalkan minum Cinch Tea Mix setiap hari. Badan kita akan mudah berpeluh dan rasa ringan saja.

3) Tak Nak Ambil Makanan Kalori





Setiap hari badan kita perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak, mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah:

Lelaki ~ 2000-2500 kalori setiap hari

Wanita ~ 1600-2000 kalori setiap hari

Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh?? Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. Jadi, walaupun kita sedang dalam fasa menurunkan berat badan, kena ingat.. Tetap kena makan.. Tapi kawal kalori yang anda ambil.. Bukan tak makan langsung.. Kita nak kuruskan badan secara sihat kan?


4) Hanya Makan Buah dan Sayur






Ramai antara kita yang beranggapan, kalau makan nasi berat lagi cepat naik dan takkan turun. Dan kadang-kadang sanggup menahan lapar dan memberi seribu alasan bila diajak makan. Kita tidak perlu takut dengan sumber karbohidrat. Sebaliknya pilihlah makanan yang rendah karbohidrat seperti roti mil penuh. Ataupun boleh juga gantikan dengan pasta. Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak ‘whole wheat’ pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.

Dan… kalau nak lebih mudah, amalkan pengambilan Cinch Shake Shaklee dan boleh ditambah bersama ESP untuk ibu-ibu menyusu.


5) Suka Salad Mayonis





Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung. mesti berat badan anda takkan turun. Lebih baik ambil salad tanpa mayonis. Kan lebih sihat menunya..


6) Minum Susu





Tahukah anda bahawa susu dapat membantu mengekalkan berat badan? Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya. Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas. Jadi rajin-rajinlah amalkan pengambilan susu rendah lemak ye.. Ingat…bukan susu pekat manis tau!

7) Mesti Minum Air Masak yang Mencukupi

Nak kurus kena minum air masak yang cukup. Tak boleh kurang...kalo kurang, pelbagai kesan buruk yang akab mendatangi badan kita. Antaranya sembelit, tak dapat buang sisa buangan dengan baik, tak lawas, toksin dalam badan tak dapat dibawa keluar dari badan jika air tidak cukup.

Kulit juga akan hadi kering dan kusam jika air dalam badan tidak cukup. Lihat pada celah-celah kuku anda..ada kupingan-kupingan yang menggelupas kann...itu menunjukkan badan anda tidak cukuo air. Selain itu, bibir yg kering dan merekah serta kadang-kadang boleh berdarah itu juga menandakan badan tak cukup air....

Jika air tak cukup...kesian kat buah pinggang kita nak proses urain pun susah....nnt kena sakit buah pinggang pulak...payah nnt ..lagi susah...jd minum lah air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari..kalo cuaca panas lagi banyak air masak yang perlu di minum....kalo rasa tekak tu kering..terus capai air masak dan minum....elakkan selalu minum minuman bergas atau minuman dalam tin kerana mengandungi kadar gula yang tinggi....okeh...

Jika anda mahu menurunkan berat badan secara sihat dengan Shaklee, dan ingin mendapatkan jadual makan serta consultation yang exclusive daripada saya sebagai pengedar pilihan anda,Hubungi saya segera, sebelum masalah berat badan ini semakin menyelubungi anda…

Noraini Othman (Aini)
SID: 954884
FB: Damia Noraini
Fb Page: Empayar Berkat
SMS/WHATSAPP: 013-9213902