Badan bertenaga bila berpuasa

Posted by: Unknown on Wednesday, June 25, 2014 Categories:
Assalamualaikum....

Dah beberapa hari panas kan....betul-betul panas.... Badan rasa cepat letih dan tak bermaya sebab panas sangat...Mudah rasa dahaga walaupun dah banyak minum air.... Keluarga di kampung pun cakap panas..kawan-kawan kat bandar pun cakap panas....sah !!! Musim kemarau dah menyerang....air sunagi Katibas kat depan sek saya ka pedalaman Sarawak ni dah mula kekeringan air....dah nampak baru-batu karangan kat tepi-tepi sungai....





Sungai Katibas, Song Sarawak ..dah kering...huhuhu..panas sangat la ni.....

Warga emas dan kanak-kanak la paling kasihan kerana antibodi mereka tidak cukup kuat untuk menghadapi cuaca panas ini. Saya pun dah 2 hari rasa tak sedap badan ditambah dengan sakit kepala. Sampai tak larat nak buat kerja rumah dan uruskan anak-anak.

Anak-anak pulak sedang nak membesar, macam-macam ragam mereka yang membuatkan saya tidak boleh nak rehat walaupun rasa tak sihat. Dalam keadaan cuca panas begini, anak-anak hanya duduk di rumah sahaja, kecuali Ain Nasuha kerana dia bersekolah.

Sepanjang berada di rumah, mereka aktif bermain sehingga berpeluh-peluh. Kemudian, mulalah buka peti cari air. Dahaga sangat kata Amna Solehah (anak kedua).

Saya sendiri yang batuk dan selesema ini pun selalu rasa dahaga. Kalau minum air kosong jer, rasa macam tak berapa nak hilang dahaga. Oleh itu, saya meyediakan minuman isotonix Performance dari Shaklee. Ia sesuai untuk diminum seisi keluarga.






Apa yang Bestnya Performance Drink?




1. Perisa Oren, rasanya sangat sedap. Kalau minum jus oren, pun sedap jugak. Tetapi tidak mampu menghilangkan dahaga sepertinya.


2. Tanpa gula tambahan, minuman isotonik yang semulajadi, berbeza dengan air isotonik di pasaran yang selalu kita minum tu.


3. Sesuai untuk seisi keluarga – Dari anak umur 1 tahun ke atas dah boleh minum. Bancuh 1 jug, kemudian, letak dalam peti ais, minum sejuk-sejuk, best!


4. Menghidratkan tubuh – Ia mengelakkan kekeringan, memberikan cecair dan bendalir pada tubuh badan kita.


5. Memberi tenaga – Sesuai diamalkan oleh orang yang kurang minum air kosong, orang yang bekerja menggunakan tenaga yang banyak, warga emas, ibu hamil dan menyusu yang sedang berpuasa dan sesiapa sahaja yang aktif yang memerlukan tenaga berpanjangan.


6. Sakit ketika hubungan suami isteri – Ia membantu memberikan cairan kepada faraj yang kering.


7. Sesuai untuk yang mengidap batu karang - memastikan badan cukup elektrolit dan juga air utk menghalang pembentukan kristal


Cara Membancuh Performance Drink



Boleh bancuh mengikut citarasa anda.


Bolehkah dicampur dengan minuman lain?


Boleh, terpulang pada citarasa anda. Tetapi elakkan bancuh bersama minuman berkafein kerana minuman berkafein boleh menghalang penyerapan zat-zat dalam Performance drink.


Anda boleh membancuhnya dengan ESP atau Cinch Energy Tea untuk lebih bertenaga sepanjang hari.
Pendek kata, saya dan keluarga saya sangat sukakan Performance drink, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang panas begini. Terasa segar kerongkong dan hilang dahaga apabila menikmati segelas Performance drink. Ia juga sesuai dihidangkan untuk anak-anak yang pulang dari sekolah. Cubalah! tentu anak-anak anda mengemarinya

Pada hari sabtu ini ada aktiviti sukan di sekolah Ain Nasuha, eloklah dibekalkan Performance drink supaya dia kekal bertenaga dan tidak mengadu dahaga sepanjang bersukan nanti.


Kita sebagai mak ayah yang menjadi pemerhati pun mesti penat juga kan, jadi minumlah Performance drink!


Nak miliki performance Drink dan ESP...Whatsapp Aini (013-9213902)

Betul ke Business Shaklee Boleh Diwarisi..??

Posted by: Unknown on Wednesday, June 25, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Teringat masa mula-mula join SHaklee. Masa tu memang tak kerja lagi....jadi penganggur lagi masa tu...baru sangat habis belajar kat IPG Penang. Lepas tamat belajar sibuk la duk cari kerja sana sini....tapi satu pun tak dapat.... Then saya buatlah bisness online....jual macam-macam..... Jual T-Shirt Muslimah ... Jual kain pasang...jual buku...jual tudung..jual pakaian baby...Alhamdulillah ada gak hasilnya...cukup-cukup makan sendiri....



Pada Jun 2013 terdetik kat hati nak join Shaklee sebab saya pun amalkan ESP dan Vitamin C Shaklee. Rasa ok la bila makan ESP tu...gastrik saya dah takdak walaupun saya lambat makan....perut tak masuk angin dah.... Tengah-tengah bulan Jun join Shaklee dengan RM 75 seumur hidup. Masa nak masuk tu was-was gak la...boleh maju ke ....? Sebab tak pernah jual product makanan...risau jugak tak dapat sambutan....Tapi saya jenis nekad....kalo saya kata saya nak buat...saya buat je la....so...saya buat.... Alhamdulillah bulan pertama saya join saya dapat dapatlah bonus pertama 3 angka. Masa tu br nampak yang Shaklee boleh beri lebih lagi. Now dari 3 angka, sudah mengecapi bonus 4 angka menuju ke 5 angka sebulan. Syukur sangat-sangat.

Selama 7 bulan saya menganggur Bonus Shaklee la yg membiayai kehidupan saya...bayar kereta..rumah sewa..bil2..makan pakai....belanja nak balik kampung....bagi skit kat mak ayah n anak-anak sedara saya yg cute2 5 orang tu....Alhamdulillah..aya pun tak sangka...saya leh jana pendapatan dengan biz Shaklee secara online...

Now..saya dah bekerja....tapi saya masih teruskan business Shaklee saya by online....dan masih merasa bonus 4 angka di tengah-tengah bulan...Alhamdulillah..syukur sangat-sangat...Income pekerjaan hakiki saya bukan tak cukup utk menampung kehidupan saya yg masih single ni...tapi saya nak memberi lebih....jd saya mesti usaha lebih utk mendapatkan lebih....In Shaa Allah setiap usaha pasti akan ada hasilnya....

Dua bulan saya join bis Shaklee...saya pergi seminar yang dianjurkan oleh Master Farah.....Dalam seminar tu ada dinyatakan bis Shaklee ini boleh diwarisi oleh anak cucu kta nanti. Ha ni nak cerita ni..Shaklee boleh diwarisi oleh anak-anak kita atau waris tau. Macam mana tu?? Masa kita register mula-mula kita register atas nama kita kan. Tapi sebenarnya kita boleh tukar kepada nama company berdaftar. So nanti bonus akan masuk dalam akaun company. So kalau kita dah tak ada esok-esok, bisnes Shaklee ni boleh lah diwarisi oleh anak-anak then akan berterusan lah bisness Shaklee. Sebab tu bisnes Shaklee ni orang panggil bisnes legasi keluarga sebab seluruh keluarga dapat merasai keuntungannya dan juga berkongsi dengan orang lain.

Dah ramai master-master yg dah berjaya dalam Bis Shaklee ni. Ada yang dah join lebih 20 tahun...Bis pun dah diwarisi oleh anak-anak. Terbuktilah yang bisness Shaklee ni bertahan dan akan terus bertahan selagi mana ada yang mewarisinya. Jadi, anda masih berfikir untuk join Shaklee??

Pilihan di tangan kita untuk pilih..
Hidup ni adalah pilihan samada kita nak pilih untuk hidup biasa-biasa atau hidup luar biasa..
Tahniah kepada yang memilih untuk hidup luar biasa!!
Hubungi saya jika anda berminat untuk join Bis Shaklee...Anda perlu memilih Leader yang boleh memberi bimbingan dan ilmu untuk anda melangkah maju kehadapan. PM FB saya DAMIA NORAINI atau Whatsapp 013-9213902. 



Atasi Kejang Kaki, Krem Kaki, Sakit Kaki Dengan Ostematrix Shaklee

Posted by: Unknown on Tuesday, June 24, 2014 Categories:
Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang,
 
Rasa kejang kaki adalah perkara normal yang sering dialami oleh ibu hamil, orang tua dan juga mereka yang kekurangan kalsium dalam badan. Jangan terkejut, ada customer erna yang tak pernah alami kejang kaki ataupun krem..tapi sejak menyusukan anak..kerap kali rasa kejang kaki atau krem ni menyerang.



 
Entry kali ni Aini nak share tentang kebaikan Ostematrix shaklee yang bukan sekadar pil kalsium biasa. Tetapi kalsium yang juga mengandungi magnesium dalam setiap satu tabletnya.


Magnesium adalah mineral yang penting bagi kesihatan kardiovaskular dan otot. Ia juga bertindak sebagai laxative lembut dengan merehatkan otot di dalam usus dan membantu usus dalam mengekalkan air. Ini, seterusnya, membantu untuk menggalakkan proses pembuangan yang lancar.



Satu lagi kegunaan Ostematrix adalah untuk kekejangan pada kaki.. Kalau anda pernah mengalami situasi seperti ini, mungkin ia adalah disebabkan kekurangan magnesium. Magnesium merupakan mineral yang penting. Tanpa magnesium, saraf dan otot anda tidak akan berfungsi dengan sewajarnya. Hypomagnesemia - atau magnesium yang terlalu sedikit dalam darah anda - boleh menyebabkan kejang kaki.

Testimoni pengguna Ostematrix


  

REBUT PELUANG UNTUK DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNG AINI....

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Posted by: Unknown on Tuesday, June 24, 2014 Categories:

Herbal Blend Multi-Purpose Cream - Pernah tak terfikir untuk miliki satu Tube Multi-Purpose Cream ataupun lebih mudah difahami, krim pelbagai guna?

Assalammualaikum & Salam Kasih Sayang, 
 Entry ini ingin berkongsi dengan anda semua, krim pelbagai guna dan memang sesuai jika kita sentiasa letak krim ini dalam beg kita dan dibawa kemana sahaja.

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee


Apa itu Herbal Blend Multi-Purpose Cream??

Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana dapat membantu melembutkan kulit kasar & pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini terasa dingin bila di pakai dan bermentol serta yang paling baik ia tidak berminyak.

Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse, chestnut yarrow & rosemary yang amat menenangkan.

Herbal Blend disediakan dalam tiub 4oz pada harga yang berpatutan.
 


Kegunaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream 


  • Melembutkan kulit kasar, tumit pecah, kulit kering
  • Merawat eczema 
  • Merawat dari gigitan nyamuk 
  • Merawat luka pada puting ibu menyusu 
  • Ubat untuk luka dan melecur 
  • Ruam lampin dan ruam peluh pada bayi 
  • Mengatasi lemak berlebihan 
  • Menghilangkan parut termasuk parut campak 
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam 
  • Sebagai losyen untuk kegunaan harian
 

Keistimewaan Herbal Blend


  • Terasa dingin pada kulit
  • Diekstrak dari herba semulajadi 
  • Tidak berminyak 
  • Mudah diserap 
  • Aroma yang amat menenangkan 
  • Mudah digunakan dan mudah di bawa 
  • Sesuai untuk semua golongan 
  • Dijamin berkesan 
  • Halal 
  • Tanpa Steroid 

Jika anda ingin memiliki krim ini, anda boleh hubungi Aini segera.

SMS/Whatsapp : 013-9213902
FB: Damia Noraini
FB Page: EmpayarBerkat

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
 


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium

Posted by: Unknown on Friday, June 20, 2014 Categories:
Kurangkan komplikasi semasa meneran

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. 
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka. 
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. 
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. 
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 
IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. 
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.l 
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Biasanya bila sebut Kalsium pasti kita kaitakan dengan kekuatan tulang dan gigi. Tahukah kita sebenarnya terlalu byk fungsi kalsium kepada sistem badan kita? Mari kita baca!

10 Kebaikan Kalsium:

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

  • Mengelakkan Kanser Kolon – Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai “Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) “. Diet “tipikal American” berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo “DASH” diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
Membantu Pengangkutan Nutrien – Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

OsteMatrix™ bukan sekadar kalsium

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.


Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Sumber : shaklee.com.my

ostematrix
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semulajadi yang paling concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink – co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
  • OsteMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS.Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

  1. Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  2. Terbukti secara klinikal
  3. Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  4. VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  1. Mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian.
  2. Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  3. Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan – tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  4. Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  5. Ibu hamil atau menyusukan anak
  6. Wanita yang mengalami gejala PMS
  7. Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  8. Mereka yang sukar menelan kalsium dalam bentuk lain.                              

Autisme Dan Vitamin Shaklee

Posted by: Unknown on Friday, June 20, 2014 Categories:
 

Apa itu autisme?

Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala “hidup dalam dunianya sendiri”.

Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.

autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.

Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:
                                                        
  • kurang atau tiada kontak mata
  • kurang ekspresi muka
  • tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
    Sumber adalah daripada : www.reachsegamat.com
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Mealshakes & Autisme 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 
  • Kandungan mealshakes dapat membantu kanak-kanak yang menghidapi autisme.
    1. Vitamin B, Zat Besi & Zinc (Multivitamin)
    - Majoriti kanak2 autisme merupakan ‘picky-eater’. Kehadiran vit B, zat besi & zinc membantu meningkatkan selera makan & menambah nutrisi dlm badan.

    2. Lactalbumin
    - mengandungi organisma protin yg sangat berkualiti & mudah diserap ke dlm tubuh. Kandungan LACTOFERRIN(pre-biotic) yg terdapat di dalam Lactalbumin membantu meningkatkan sistem imun badan kanak2 autisme.

    3. Kalsium Magnesium
    - membantu menstabilkan kadar denyutan jantung, menenangkan aktiviti hyperaktif kanak2 autisme & membendung/mengurangkan masalah kencing malam.

    4. Protein (tidak mengandungi laktosa)
    - pengambilan protein semasa sarapan memberi tenaga kpda kanak2 autisme utk menjadi lebih fokus, meningkatkan lagi tumpuan pembelajaran & membantu tumbesaran.

    5. Vit B, lecithin soya & magnesium
    - Vit B memainkan peranan penting dlm penghasilan enzim yg diperlukan otak. Manakala, Lecithin soya membaiki fungsi otak.
    - Antara manfaat pengambilan vit B & magnesium oleh kanak2 autisme:
    * mengurangkan masalah tingkah laku, improved eye contact, penumpuan yg lebih baik & peningkatan dlm pembelajaran.

    6. Fiber
    - membantu masalah penghadaman yang dialami kanak2 autisme yg berpunca dari pemakanan yg tidak berkhasiat, pengambilan ubat-ubatan, sindrom usus bocor dan lain-lain penyebab.
    NOTE: Untuk Kanak2 Autisme, pengambilan Omega Guard adalah SANGAT disarankan kerana Omega Guard merupakan supplemen minyak ikan yang PALING LENGKAP di pasaran. OmegaGuard mengandungi asid lemak omega-3:  EPA & DHA yg membantu perkembangan otak.

    1. MealShakes amat sesuai bagi anak yang:
  • tiada/kurang selera makan
  • memilih makanan – boleh menyebabkan kekurangan nutrien dari diet harian
  • selalu demam/ kurang sihat terutama yang duduk di nursery
  • menghidap athma dan bronchitis
  • mempunyai eczema
       2. Mealshakes sangat sesuai untuk wanita hamil yang mengalami morning 
       sickness teruk. Ia dilengkapi dengan multivitamin serta protein yang dapat 
       menampung lubang-lubang nutrisi yang lopong.

       3. Mealshakes + Vitalea + B Complex sangat sesuai untuk orang dewasa
       yang ingin menambah berat badan

       4.  Set anak sihat dan bijak terdiri daripada: ( Mealshakes + Omeg Guard 
      + Chew Vita C)

       5. Mealshakes juga sesuai untuk kanak- kanak autisme

BERMINAT UTK DAPATKAN MEALSHAKE..? 
BOLEH HUBUNGI SAYA 
CALL/SMS/WHATSAPP : 013-9213902
FACEBOOK:  DAMIA NORAINI

Kelebihan Vitamin E

Posted by: Unknown on Friday, June 20, 2014 Categories:
JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E…..

1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

rahsia lain…~~~ vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha~..”baru-baru saya ada update kat Facebook yang makan vitamin E boleh hilangkan stretchmark masa mengandung. ye memang betul pun… saya tak tipu.. malah saya tak sapu apa-apa krim pun tau kat perut saya (sebab malas). stretchmark tu memang sangat pudar di perut saya, cuma yang jelas garisan linea..” negra tu
 
LASTLY BUT NOT LEAST ..apa bezanya vitamin E shaklee dengan yang ada di pasaran/farmasi?….Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.
sumber: elaila.net
 
VITAMIN E SHAKLEE
 
 

Talasemia dan Vitamin Shaklee

Posted by: Unknown on Friday, June 20, 2014 Categories:
Apa itu talasemia??


Talasemia merupakan penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang menghidapi talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. 

Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (HB) yang rendah (anemia).                               
               Autorecessive.svg
Dua jenis talasemia

Talasemia minor: Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.

Talasemia major: merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia
Tanda penyakit talasemia

  • Biasanya anak-anak pembawa talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat, lemah, dan gelisah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal (tanda lewat)
Rawatan penyakit Talasemia 

  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  •  Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Penghidap talasemia tidak digalakkan mengambil suplimen yang mengandungi zat besi atau iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.


**Pengambilan vitalea dan alfalfa adalah tidak digalakkan untuk pesakit talasemia.

Supplemen yang diperlukan adalah:

  • B Complex – membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.
  • Vitamin E – merupakan vitamin antioksidan yang membantu melindungi sel darah merah
  • Ostematrix – lengkap dengan Magnesium dan vitamin D membantu dalam meningkatkan tenaga
  • ESP- juga disarankan kerana protein membantu dalam pembinaan sel baru dalam tubuh badan, termasuk sel darah merah. ESP juga dapat meningkatkan tenaga.
Nota: Dalam sesetengah kes penghidap talasemia menggambil vitalea kerana kandungan Biotin yang terdapat di dalam Vita-Lea dapat membantu B-Complex berfungsi dengan lebih efektif dalam penghasilan sel darah merah, kandungan copper pula membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin (HB).

Shaklee Basic-H2

Posted by: Unknown on Thursday, June 19, 2014 Categories:

Haaa mesti kamu semua mau tahu pasal Basic H ni kan.
Kalau kamu mau tahu basic h ni mimang bagus ba. Kenapa basic h bagus?? Sebab dia ada 1001 kegunaan. Banyakkan..

Sediki info berkaitan basic h:

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan.
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah.
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak.
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan.
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Shaklee_7361
Keunikan Produk Ini:
  • Selamat – Tidak bertoksik, Tanpa gas beracun, Tanpa bahan kimia berbahaya, Tanpa bahan pewangi, Lembut pada tangan, pH seimbang, Tanpa klorin.
  • Berkesan – Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak, Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air, Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.
  • Mesra Alam – Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa, Biorosot, Tanpa fosfat, Bungkusan yang boleh kitar semula, Tanpa bahan pewarna, Selamat untuk sistem septik dan pembentungan.
Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan
  • Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi – Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean.
  • Periuk, besen dan pinggan mangkuk – Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air.
  • Tingkap dan cermin – Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean.
  • Lantai – Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air.
  • Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi – Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam
Jika kawan-kawan berminat untuk mendapatkan basic h, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan harga yang istimewa.. Kalau mau beli sendiri pun boleh. Boleh guna id saya untuk dapat harga ahli di semua cawangan shaklee yang ada di Malaysia