Tips 1
Penyebab utama, tekanan darah tinggi adalah makanan yang mempunyai sodium / natrium yang tinggi. Sodium / Natrium adalah bersamaan dengan GARAM. Sodium / Natrium yang tinggi kebanyakan ada didalam :
- Restoran Makanan Segera (KFC, McD, Pizza dan seangkatan dengannya)
- Makanan bergoreng (Ayam Goreng, Karipap, Popia dan lain-lain)
- Makanan siap untuk dimakan (Sausage, Burger, Wedges, Murtabak Segera dan lain-lain)
- Roti Canai
- Ikan masin, udang kering, ikan bilis dan seangkatan dengannya.
Ingat ELAKKAN makan makanan didalam senarai diatas!
Tips 2
Perbanyakkan minum air Fresh Orange. Ya. Pastikan ianya segar dan kurang
gula. Sekarang terdapat pelbagai produk dipasaran menjual Fresh Orange
seperi Marigold, Ceres dan lain-lain.
Amalkan minuman yang penuh khasiat ini pada setiap pagi dan malam.
Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi, ianya turut membekalkan
vitamin C yang tinggi kepada bayi yang anda kandung. Pasti bayi anda
akan mempunyai kulit yang cantik.
Kalau nak makan terus pun boleh tapi jangan banyak sangat tau. Nanti angin pula.
Tips 3
Jadikan tomato / daun sup / batang celery sebagai ulam anda setiap kali anda menjamu selera.
Tomato / Daun Sup / Batang Celery dapat membantu menurunkan tekanan
darah tinggi. Selain itu, ia juga membekalkan banyak nutrisi yang
diperlukan oleh bayi anda. Juga terdapat 1001 kebaikan pada tubuh anda
juga.
Tips 4
Minum air asam jawa. Minum air asam jawa 2 hari sekali. Cara penyediaan.
Isi air masak kedalam 1/2 cawan kegemaran anda. Masukkan hujung sudu
pes asam jawa dan kacau. Akhir sekali minum.
Selain dapat menurun tekanan darah tinggi, ia juga baik untuk ibu hamil
yang sedang mempunya sakit kerongkong atau batuk. Kebanyakan ubat batuk
tidak boleh diambil oleh ibu mengandung kerana ditakuti akan
membahayakan bayi didalam kandungan.
Tips 5
Bersenam. Jangan keterlaluan. Anda boleh google diinternet senaman untuk
ibu hamil. Bagi mengurangkan tekanan serta dapat membantu semasa
kehamilan dan semasa proses bersalin.
Tips 6
Buat kerja dengan teratur. Jangan kelam-kabut. Relaks... Anda sedang
hamil tau. Minta tolong orang yang terdekat dengan anda jika perlu.
Ingat. Tarik nafas. Relaks....
Dengan mengamalkan tips-tips diatas, InsyaAllah anda akan lahirkan bayi yang sihat dan comel.
No comments:
Post a Comment