Orang-orang yang pernah alaminya je lah yang tahu betapa sakitnya bila gout menyerang. Kita tengok pun dah tau kan, betapa seksanya pesakit-pesakit gout bila mana mereka nak bergerak, bangun tidur, nak solat dan sebagainya.
Ada yang jenis gout akut iaitu hanya menyerang satu sendi sahaja dalam satu masa, ada juga yang kronik iaitu menyerang beberapa sendi-sendi tubuh..Aduh, akak memang tak nak bayangkan betapa ia menyakitkan..
So, untuk mengelak dan mengatasi serangan penyakit gout ni, kita mesti tahu apakah ia, bagaimana ia terjadi, cara untuk mengelakkannya, pantang larangnya, tip-tip dan rawatannya.
***********************************************************
PUNCA GOUT
Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah terlalu tinggi iaitu melebihi 7.5 mg/dL. Gout
didorong oleh dua faktor utama iaitu penghasilan asid urik dalam badan
telah melepasi tahap normal dan buah pinggang gagal berfungsi dengan
baik iaitu menyingkirkan asid urik yang berlebihan.
Asid urik yang berlebihan akan berkumpul menjadi jarum-jarum kristal pada bahagian sendi dan akhirnya menyebabkan kesihatan yang amat sangat di bahagian yang berkaitan. Pesakit akan rasa seolah-olah disiram air sejuk.
TANDA-TANDA GOUT
○ Sendi tiba-tiba sakit
○ Membengkak
○ Menjadi kaku
○ Seakan-akan rasa panas
○ Sendi menjadi kemerah-merahan
○ Sakit apabila disentuh
○ Demam
○ Bonjolan terbentuk di sendi dan cuping telinga
MENGESAN PENYAKIT GOUT
Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid urik dalam darah. Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh dilakukan untuk mengesan sebarang kristal asid urik dalam badan.
***********************************************************
Ia terjadi apabila kandungan asid urik yang tinggi dalam darah lalu membentuk kristal dan seterusnya berkumpul dibahagian-bahagian sendi. Pada kebanyakan kes ia terjadi pada sendi ibu jari kaki namun, ada juga yang terjadi pada bahagian-bahagian lain seperti jari-jemari tangan.
Mana datangnya asid urik ni?
Asid urik merupakan bahan kumuh dari protin jenis purina. Protin ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.
Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah;
- Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
- Sayur-sayuran segar.
- Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
- Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.
- Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis bunga.
Jika anda merupakan pesakit gout, kat sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu;
- Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
- Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
- Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.
Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil
suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang
lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh
dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu
tubuh untuk lebih sihat.
Vitamin Shaklee yang disarankan untuk pesakit gout ialah;
1) Vivix ~ Memberi impak 4 mekanisme utama selular. Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas.
2) Alfalfa ~ Menurunkan tahap asid urik. Untuk
menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan
alfalfa complex memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
3) B-Complex ~ Asid folik penting untuk memetabolisme nukleoprotin.
4) Vitamin C, E ~ Untuk menurunkan asid serum, dan memberi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.
5) Omega Guard ~ Anti radang dan mengelakkan bengkak yang teruk.
6)
Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
6)
Nak dapatkan Vitamin ni...??
boleh Call/SMS/Whatsapp 013-9213902
FB: Damia Noraini
FB Page: Empayar Berkat
No comments:
Post a Comment