Masalah Kesuburan Wanita
Kesuburan
wanita adalah sangat penting dalam mencapai kehamilan. Namun begitu
tidak semua wanita mempunyai kadar kesuburan yang normal. Oleh itu saya
ingin berkongsi kepada anda mengenai masalah kesuburan wanita. Masalah tersebut berpunca daripada:
1) Tiub Fallapio tersumbat
Kebanyakkan Tiub Fallapio rosak akibat dijangkiti kuman, hamil
pramatang apabila janin telah menempel di dalam Tiub Fallapio bukan di
dalam rahim atau terdapat penempelan parut tisu di dalamnya atau
disebabkan endometriosis.
2) Endometrium
Ia berlaku
apabila Endometrium berkembang dan tumbuh di luar rahim. Hal ini akan
menyebabkan berlakunya radang /inflamasi setempat yang menyebabkan organ
berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan
masa haid.
3) Masalah pada rahim
Fibroid rahim adalah
keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan
mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot dan tisu
penghubung di dalam rahim. Fibroid merupakan ketumbuhan yang sering
terjadi pada wanita. Fibroid juga boleh membesar dan menimbulkan rasa
sakit ketika haid.
4) Gangguan pada telur
Hal ini
menyebabkan telur tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang boleh
meyebabkan seseorang wanita menghasilkan telur yang tidak matang.
Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan
yang tidak ideal seperti anda terlalu kurus atau gemuk.
Selain itu juga
keseimbangan hormon boleh terganggu dari pengambilan sesetengah ubat dan
stress. Androgens ( merembes sedikit hormon lelaki) juga boleh
menyebabkan gangguan keseimbangan hormon. Ujian ke atas hormon dapat
membantu anda mengenali punca ketidakseimbangan hormon tersebut.
Walaubagaimana anda perlu berusaha mencari jalan keluar untuk mengatasi
masalah ini. Salah satu usaha untuk mengatasi masalah ini ialah dengan
pengambilan Suplemen Kesuburan Wanita Shaklee. Suplemen tersebut terdiri
daripada GLA Complex, ESP dan Alfalfa Complex.
Jenis Makanan Meningkatkan Kesuburan Wanita
Bagi setiap pasangan yang inginkan cahaya mata,kepentingan dalam
memastikan pengambilan makanan yang sihat adalah penting. Ini adalah
kerana, apa yang berlaku pada sekarang adalah bergantung kepada
apa yang anda makan sebelum ini.
Jadi, bagi memastikan anak-anak makan
makanan yang berkhasiat dan seimbang, jadi perlu sebagai ibu bapa, kita
menerapkan pemakanan yang sihat dalam diri kita terlebih dahulu.
Namun begitu, terdapat juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan
cahaya mata.. Bila membuat pemeriksaan dengan doktor pakar, doktor
memberitahu bahawa kedua-dua pasangan adalah subur. Pelbagai kaedah
telah dilakukan, namun tidak berhasil.
Pernahkah anda terfikir bahawa,
cara pengambilan makanan, mungkin antara penyebab anda sukar mendapat
anak? Jika anda menjawab Ya, mari kita kenali apakah makanan yang boleh
membantu meningkatkan kesuburan si isteri.
1. Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim
2. Karbohidrat Kompleks
3. Buah dan sayuran berwarna cerah
4. Daging ayam
5. Telur
6. Sayuran hijau
7. Kekacang dan biji-bijian
8. Minyak Zaitun
Makanan yang sihat mungkin tidak cukup bagi anda yang mengalami
kesulitan dalam kehamilan, jenis makanan untuk meningkatkan kesuburan
wanita di atas, mungkin akan lebih membantu dalam persiapan kehamilan
anda.
Selain itu, pengambilan supplement Shaklee boleh membantu
anda mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh tubuh anda. Mengapa tidak
mencuba? Manalah tahu ada rezeki anda menimang cahaya mata nanti.
No comments:
Post a Comment