Q: Adakah Shaklee ini Halal?
A: Halal. Boleh rujuk artikel Halal di http://healthy.babykawaiistore.com/category/halal/
Q: Mengapa urin/susu saya bertukar jadi kekuningan/kuning kehijauan selepas mengambil vitamin?
A: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
Q: Saya mengalami pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
A: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang
dari 2 liter. Ini supaya vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh
dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari kurang minum
air. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali
mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan
diri dengan zat yang diterima. Keserasian memerlukan sedikit masa. Anda
juga mungkin mengalami krisis pemulihan
Q: Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya. Boleh saya beli full pack dengan best price?
A: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.
Q: Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke
tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah
buasir.
A: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil
supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh
tubuh.
Q: Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch?
A: Boleh, boleh gunakan ID Shaklee 954884 untuk dapatkan harga istimewa.
Q: Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
A: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan
dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan
selamat semasa proses kelahiran.
Q: Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
A: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar makanan tambahan
yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan
meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan
penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan, maka
memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon
ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak
lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.
Q: Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin?
A: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang
itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos
untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu tanda bahawa
tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada makanan.
Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya
mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga.
Walau bagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu
makan. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan
ketinggian seseorang.
No comments:
Post a Comment