Anak Sembelit..?

Posted by: Unknown on Thursday, September 04, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Kita dah masuk September 2014, rasa macam baru ja masuk tahun 2014. Sekarang kita dah nak sampai ke penghujung tahun kan....banyak lagi benda yang belum settle, banyak lagi impian yang belum tercapai. Teruskan usaha, moga semuanya akan tercapai.

Entry kali ini kita nak sembang tentang masalah Sikecil kita yang selalu sembelit ketika mahu membuang air besar. Mengapa perkara ini boleh berlaku...? Adakah ia satu perkara biasa..?
Adakah sembelit yang dihadapi Sikecil ini bahaya ? Jom kita kupas bersama.

Sembelit dalam kalangan kanak-kanak ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
1) Pengambilan susu yang kurang sesuai
2) Pengambilan air yang kurang mencukupi
3) Kurang mengambil serat
4) Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Kadang-kadang najis yang keluar bersama darah. hal ini bermakna ada luka yg dah berlaku pada salur najis akibat daripada terlalu kuat meneran. Semakin lama najis tersimpan di dalam usus, makin keras dan makin susah untuk dikeluarkan. Kesian mereka.

Ibu bapa perlu ambil pusing jika anak-anak tidak membuang air besar lebih dari 3 hari. Sembelit boleh berlaku apabila mereka sudah lama tidak membuang air besar. Najis yang tersimpan dalam usus, makin hari makin banyak, keras dan kering.

Sembelit dalam kalangan kanak-kanak ini boleh dibendung dengan mengamalkan pengambilan makanan yang betul.


No comments:

Post a Comment