Pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.

Posted by: Unknown on Wednesday, August 27, 2014 Categories:
Assalamualaikum...

Sihat ke semua....? Alhamdulillah saya pun sihat2 saja walaupun tidur hanya 2..3 jam sahaja....banyak keje la katakan...hahahahaha... :D ....Entri kali saya nak sharing tentang Gentle Deep Foaming Cleanser, iaitu salah satu product kecantikan Shaklee.

Kalau vitamin kita makan untuk penjagaan kulit dari dalaman, namun bahagian luar jangan kita abaikan. Untuk itu entri kali ini ingin berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.


                              

Apakah keistimewaan produk ini?


  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  •  Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Jangan terkejut apabila anda memiliki pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini kerana saiznya agak besar 150 ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Best kan..!!

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Ia tiada haruman wangian kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.


Kepada anda yang memang memilih sesuatu produk kerana jenama janganlah risau. Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan pencuci-pencuci muka yang berjenama hebat di pasaran. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.
NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser
Jom ikuti Cara nak cuci muka dengan betul....

1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, kita haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang berelemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakkan iritasi.

2. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana

Elak daripada menggunakan air dengan suhu eksterem; terlalu sejuk atau terlalu panas. Gunakan air paip biasa sahaja untuk mencuci muka untuk mengelakkan peningkatan daripada segi sensitiviti kulit dan stimulasi berlebihan.


3. Menghilangkan Mekap Sebelum Menggunakan Pencuci Muka

Ramai yang menganggap mencuci muka adalah cukup untuk menghilangkan mekap dan ternyata ini salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang dan kita boleh menggunakan penghilang mekap pada kapas untuk menghilangkannya. Setelah itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.


4. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria Terlebih Dahulu

Muka sepatutnya menjadi bahagian badan paling jarang disentuh dengan tangan kerana terdapat bakteria yang paling banyak di tangan apabila kita banyak menyentuh barangan dalam kehidupan seharian. Maka, basuh tangan dengan pencuci anti-bakteria terlebih dahulu sebelum mencuci muka.


5. Memfokuskan Pada Zon T Muka

Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan.


6. Mencuci Muka Perlahan-lahan

Dalam penjagaan kulit muka, yang paling penting adalah mengelakkan luka atau iritasi. Urut muka secara membulat dari bahagian bawah ke atas. Boleh juga mulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar dan dapat melambatkan proses kedutan.


7. Tidak Mengeringkan Muka Dengan Tuala Atau Sebagainya

Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringkan muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabkan kulit muka tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.


8. Menggunakan Topeng Kecantikan Untuk Muka

Setelah mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka atau facial mask untuk memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti kolagen, asid hyaluranik dan vitamin C dan E.


9. Menggunakan Ais Untuk Kecutkan Jerawat

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangkan tanda kemerahan dan mengurangkan iritasi.
10. Mesti cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Kulit perlu ada ruang untuk bebas dari sebarang perhiasan, make up, kotoran yang hinggap kat kulit wajah sepanjang hari. Jadi kulit wajah perlu dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit wajah. 


 
  
Berminat nak dapatkan pencuci muka shaklee ini..?
Hubungi saya...
Noraini Othman
SMS/Whatsapp : 013-9213902
FB: Damia Noraini

No comments:

Post a Comment